Saturday 8 June 2013

TEORI-TEORI TERJEMAHAN


ASSALAMUALAIKUM SEMUANYA,

Seperti yang sedia maklum kalau dah kite bertemu semula ni pasti dan pasti kami syabab bawakan rencana baru untuk dikogsikan. Baru-baru ni ,pensyarah kami Dr. Maheram Ahmad telah kongsikan beberapa teori berkenaan terjemahan yang dikongsikan melalui laman blognya:

                Oleh itu, disini saya bawakan teori terjemahan yang lebih tepat untuk disampaikan sebagai fundemental sebagai seorang penterjemah yang baik. Selamat membaca.
Teori Terjemahan

Menurut Bell (1991: 13), perkataan translation merupakan satu perkataan yang tidak jelas atau kabur. Menurutnya, perkataan ini boleh membawa tiga makna, iaitu i) translating (proses menterjemah); ii) a translation (karya yang terhasil daripada proses menterjemah); dan iii) translation (satu konsep yang mujarad, yang merangkumi proses menterjemah dan hasil yang terbentuk daripada proses itu).

Berdasarkan perkara tersebut, Bell mengatakan bahawa mungkin kita boleh mewujudkan tiga jenis teori. Teori-teori itu bergantung pula kepada fokus kajian, sama ada ia difokuskan kepada proses penterjemahan, atau karya yang dihasilkan ataupun kepada kedua-duanya sekali. Jadi, teori itu boleh jadi:

  1. Teori terjemahan sebagai satu proses (teori penterjemahan). Teori ini memerlukan satu kajian mengenai pemprosesan maklumat, di samping topik-topik seperti persepsi, memori, pengekodan dan penyahkodan mesej. Teori ini pula bergantung pada psikologi dan psikolinguistik.
  2. Teori terjemahan sebagai satu produk (teori teks terjemahan). Teori ini memerlukan satu kajian teks, bukan hanya menerusi analisis tradisional peringkat-peringkat linguistik, tetapi juga mewujudkan kegunaan stilistik dan kemajuan terkini dalam linguistik teks dan analisis wacana.
  3. Teori terjemahan sebagai satu prosedur dan juga satu produk (teori terjemahan dan penterjemahan). Teori ini menuntut kajian bersepadu dan satu teori umum seperti ini mempunyai mungkin, satu matlamat jangka panjang untuk kajian-kajian terjemahan (1991: 26).

Katanya lagi, sesuatu teori itu patut mencerminkan empat ciri khusus, iaitu ia boleh diuji (empirisme), ia mesti boleh dijangkakan (determinisme), ia mesti mudah (parsimony) dan ia mesti komprehensif atau menyeluruh (generality). Teori terjemahan dituntut agar patuh kepada perkara-perkara ini setakat yang boleh. Semakin besar kepatuhan itu, maka semakin kuatlah teori tersebut. Akan tetapi, daripada sudut pandangan linguistik terapan, teori terjemahan seringkali menerima kritikan kerana didakwa membataskan aktivitinya kepada teknik dan metode pengajaran, sedangkan apa yang diperlukan ialah pendekatan yang lebih berasas (Bell 1991: 27).

Teori yang menyangkut amali terjemahan ialah teori penterjemahan. Akan tetapi, sebagai satu konsep umum, teori penterjemahan tidak selalunya relevan dengan amali penterjemahan dan pengajarannya. Hal ini sama dengan bidang lain, contohnya bidang linguistik yang dipelajari oleh seseorang tidak selalunya mengajarnya menjadi seorang penutur yang baik, dan subjek sastera yang dipelajari juga tidak semestinya membuatkan mereka dapat menulis puisi atau novel dengan baik. Walau bagaimanapun, janganlah kita beranggapan bahawa teori penterjemahan ini tidak mempunyai tujuan yang praktis. Adalah sia-sia kalau kita mempelajari sesuatu perkara yang tidak mempunyai tujuan yang praktis. Akan tetapi, kita harus sedar bahawa tujuan utama teori penterjemahan bukanlah untuk menghasilkan penterjemah dan karya terjemahan yang baik.

Sebaliknya menurut Newmark (1992: 30–31), teori penterjemahan lebih memberikan perhatian kepada kaedah penterjemahan yang sesuai dengan jenis teks yang akan diterjemahkan. Ia membekalkan semacam kerangka dasar, petunjuk dan peraturan untuk menterjemahkan teks dan menilai terjemahan. Ia juga dianggap sebagai satu gambaran latar untuk menyelesaikan maslah. Ia juga menunjukkan tatacara penterjemahan yang boleh digunakan, termasuklah hujah menyokong atau menentang penggunaan satu-satu kaedah penterjemahan yang digunakan dalam konteks-konteks tertentu. Di samping itu, ia juga berusaha memberi sedikit wawasan terhadap hubungan antara pemikiran, makna dan bahasa; aspek sarwajagat, budaya dan peribadi yang ada dalam bahasa dan perilaku, pemahaman tentang budaya; pentafsiran teks yang mungkin dapat dijelaskan atau ditokok tambah melalui penterjemahan. Hasilnya, teori penterjemahan meliputi persoalan-persoalan yang lebih luas, dari hal usaha dan percubaan yang sentiasa berniat baik untuk membantu penterjemah perseorangan dengan cara merangsang penterjemah supaya menghasilkan terjemahan yang lebih baik, atau mencadangkan penyelesaian masalah terjemahan bersama.

Walau bagaimanapun, ramai juga penterjemah yang boleh menterjemah tanpa mempunyai latar pendidikan dalam bidang teori penterjemahan. Mereka ini biasanya berpendapat bahawa teori penterjemahan ini tidak mempunyai dampak yang memadai terhadap amali penterjemahan. Komissarow (1985) mengemukakan beberapa alasan mengapa pendapat seperti itu muncul. Alasan yang pertama ialah tidak ramai penterjemah yang mempunyai gagasan yang jelas tentang teori penterjemahan dan hal-hal yang boleh diatasi oleh teori ini. Alasan yang kedua pula berkait dengan buku-buku teori penterjemahan. Buku-buku ini sangat beragam dan pokok perbincangannya tidak menyediakan pendekatan yang tepat untuk memecahkan persoalan-persoalan tertentu yang timbul dalam amali penterjemahan, dan alasan ketiga ialah untuk memahami konsep-konsep teori penterjemahan, kemampuan yang baik diperlukan dan dari satu segi, kemampuan-kemampuan itu tidak ada pada penterjemah. Selain alasan-alasan itu, ada satu lagi alasan, iaitu teori terjemahan hanya menyediakan konsep umum. Akhirnya, jika konsep dan takrif umum ini tidak boleh diterapkan pada kasus tertentu, maka penterjemah cenderung berpendapat bahawa teori penterjemahan itu mandul atau tidak berguna langsung (Nababan 1999: 16).

Di samping teori penterjemahan yang boleh dianggap sebagai satu-satunya penyelamat kepada masalah-masalah yang timbul ketika proses penterjemahan berlaku, dan yang dijadikan pedoman umum oleh penterjemah dalam membuat keputusan ketika dia melakukan tugasnya, penterjemah juga perlu mempunyai ketrampilan dan kemampuan yang tersendiri untuk menerapkan teori tersebut dalam terjemahannya. Ini kerana keupayaan itulah yang akan menentukan kejayaan terjemahannya. Pemahamannya terhadap konsep umum teori penterjemahan adalah penting dan berguna bagi dirinya. Dia tidak akan berjaya menjadi seorang penterjemah yang baik sekiranya dia sendiri tidak memahami takrif atau pengertian terjemahan sebagai salah satu konsep teori penterjemahan itu sendiri (Nababan: 16 – 17).
Posted by Maheram Ahmad at 5:46 PM

Wednesday 5 June 2013

TEORI MAKNA SAINTIFIK



HA!!! ASSALAMUALAIKUM awal bicara, maaf terjerit-jerit tadi. Kali ini pasti kalian tertunggu-tunggu ,name je blog kami nh menyediakan teori terjemahan tapi sampai sekarang pun masih tercari-cari kan. Jadi, sekejap lagi kami sajikan dibawah ini salah satu teori yang akan memberikan kupasan tentang terjemahan. Sekiranya ada kekurangan atau kekeliruan sila comment dan sekirannya ada soalan boleh terus hubungi  kami syabab blogger.


Teori Imej Mental


Pada masa dahulu, pendekatan saintifik paling luas yang digunakan bagi mengkaji makna adalah teori falsafah yang dinamakan teori imej mental. Mengikut pendekatan ini ,setiap perkataan berfungsi sebagai symbol kepada maknanya. Makna sesuatu perkataan itu serupa dengan imej mental yang berkaitan dengann symbol itu. Jadi ,makna “pisang” adalah imej mental yang serupa dengan benda yang dikatakan “pisang”.

Sekiranya kita hendak menggunakan teori ini dalam terjemahan, apabila kita hendak menterjemah makna perkataan yang digunakan oleh pengarang asal, kita mesti menerangkan makna perkataan itu berdasarkan imej mental yang ada  dalam otak si pengarang sewaktu dia menggunakan perkataan tersebut.Misalannya:
Jika seorang berbangsa iskimo menggunakan perkataan “igloo” di dalam karangannya, maka kita mestilah menerangkan makna “igloo” itu berdasarkan imej rumah yang ada dalam kepala si pengarang Eskimo itu.

Berdasarkan teori ini ,kita tidak boleh menggantikan “igloo” dengan “rumah” kerana sebagai penterjemah berbangsa melayu ,apabila kita menggunakan perkataan “rumah” imej rumah  yang ada dalam imaginasi kita tidak sama dengan imej “igloo” yang ada dalam imaginasi si Eskimo itu. Sekiranya terjemahan itu dibaca oleh orang melayu dari perkampungan, dia mungkin mempunyai imej mental yang lain pula.


1.  Kelemahan teori imej mental ini adalah dalam menjelaskan beberapa masalah pokok tentang makna.

 Contohnya , salah satu ciri makna adalah masalah kepelbagaian makna. Umpamanya, segi tiga tidak boleh disamakan dengan imej mental bentuk segi tiga yang ideal ,sebab dalam keadaan yang sebenar, terdapat banyak bentuk yang semuanya boleh disebut sebagai “segi tiga”. Oleh itu, symbol segi tiga mempunyai makna yang abstrak. Semua makna yang abstrak tidak dapat diberikan imej mentalnya yang dapat mencerminkan fungsi symbol berkenaan.


2.  Kelemahan lain ialah, tiada siapapun yang boleh masuk kedalam otak orang lain untuk melihat bagaimana imej yang dibayangkan oleh orang tersebut.  jadi kita tidak boleh menggambarkan bagaimana imej yang tepat digambarkan oleh pengarang Eskimo tersebut semasa beliau menggunakan perkataan “igloo”  dalam karangannya. Sememangnya orang yang paling tahu akan imej yang dibayangkan adalah diri sendiri tetapi bagi keterangan peribadi adalah terlalu subjektif dan tidak boleh dijadikan sebagai penilaian dan ujian saintifik. Oleh yang demikian teori ini sukar digunakan dalam bidang terjemahan.

Makna Figuratif

Banyak perkataan mempunyai sempadan makna yang samar dengan makna beberapa perkataan lain. Sebagai contoh makna perkataan nasi dalam dua frasa yang berbeza:

1. Nasi ayam : Mesti diterjemahkan kepada makna figuratif yang membawa maksud makanan                                            manusia.

2. Nasi kucing: Tidak perlu diterjemahkan kepada makna figuratif sebaliknya terus direct                                        translation(makna rujukan) yang membawa maksud nasi untuk kucing.



Tambahan lagi, dalam kajian syabab blogger mendapati salah satu masalah makna rujukan yang kerap dihadapi adalah perluasan makna yang bersifat  figuratif. Ungkapan-ungkapan yang disebut kiasan, simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan, metafora dan simili ialah makna figuratif.

Makna rujukan untuk perkataan ayam boleh kita ketahui dengan mudah apabila dilihat daripada sudut jenis makhluk burung, tetapi berlaku masalah apabila kita nak terjemahkan kedalam maksud figuratif.

Apa maksud figuratif untuk kalimah AYAM?
Apabila berpindahnya perkataan ayam kedalam maksud figuratif maka maknanya menjadi kabur/kiasan/samar.
  •         I.            Kaki ayam
  •       II.            Ibu ayam
  •     III.            Ayam tambatan
  •     IV.            Tidur-tidur ayam
  •       V.            Cakar ayam
  •     VI.            Ayam didik
  •   VII.            Resmi ayam
  • VIII.            Ayam ditangan disambar helang
 Kebiasaannya  makna figuratif diterbitkan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa itu berdasarkan sifat-sifat yang mereka anggap paling menonjol pada sesuatu benda, contohnya:

Sifat LICIN pada seekor belut kerana sifat itulah yang paling menonjol pada belut.
Sifat KOTOR pada seekor babi kerana itu sifat yang paling menonjol pada seekor babi.
Sifat BECOK pada murai.
Sifat MEGAH pada merak.

Jadi semua nama binatang ini diambil dan digantikan kepada objek lain untuk mengambarkan sifat. Objek kaki digabungkan dengan AYAM = "kaki ayam" untuk mengambarkan seorang manusia yang tidak berkasut/selipar seperti sifat ayam yang tidak pakai selipar/kasut pada kakinya.

Namun makna figuratif berbeza mengikut sesuatu bangsa atau negara kerana ini adalah berdasarkan pemerhatian dan ruang lingkup pola pemikiran sesuatu tempat. Misalannya ,orang melayu berpendapat sifat ayam begitu dan begini, namun orang barat menganggap ayam sifatnya macam ini dan macam itu. Justeru ,makna figuratif kadangkala diambil daripada bahasa lain bagi memenuhi frasa makna yang tiada padanan sesuai dengan bahasa sendiri.
Contoh:


"Seperti KERA mendapat Bunga "


= Simpulan bahasa ini mungkin anda mendakwa ia datang dari nenek-moyang kita baik cerita dogeng atau   mitos mahupun realiti zaman mereka, akan tetapi ketahuilah simpulan bahasa ini dipinjam daripada Bahasa Tamil.





KAMUS EKA BAHASA


Assalamualaikum, wahai sahabat sekalian. Harap semuanya sihat-sihat selalu, kali ini dari syabab ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai beberapa contoh KAMUS EKA BAHASA.  Ada tiga contoh yang akan kami bawakan dan setiap kamus ini sering mendapat rujukan ramai.


Kamus Eka Bahasa digunakan untuk mengetahui maksud seerti(sinonim). Penting bagi seorang penterjemah untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan di dalam rangkaiaan ayat supaya mesej yang disampaikan. Kamus ini  penting untuk merungkai masalah linguistic yang menjadi kesukaran penterjemah. Berkemungkinan juga eka bahasa mampu untuk mencari etimologi sesuatu perkataan yang terdapat kesamaran.





Merriam–Webster, awalnya bernama G. & C. Merriam Company dari Springfield, Massachusetts. Ia adalah sebuah perusahaan Amerika Serikat yang menerbitkan buku referensi khususnya kamus yang merupakan keturunan dari An-American Dictionary of the English Language (karyaNoah Webster1828).
Merriam-Webster Inc. telah menjadi anak perusahaan Encyclopedia Britannica, Inc. sejak 1964.


            Kebiasaaannya kamus Merriam ini digunakan secara online tetapi perlu menjadi keahlian terlebih dahulu. Dari pihak syabab sendiri ,kamus ini agak penting untuk bidang tyerjemahan terutamanya bahasa inggeris. Hal ini kerana, kesukaran mencaeri makna dan padanan yang sesuai untuk diterjemah kepada bahasa melayu atau mana-mana bahasa sasaran lain. Apabila anda menggunakan kamus eka bahasa ia akan membantu dalam pencarian kalimah dasar. Jadi mudahlah untuk membuat padanan terjemahan. Disini kami sertakan pautan laman web Merriam-Webster sekiranya berminat...... http://www.merriam-webster.com/






Sebagaimna yang telah dipaparkan di atas dasar penyusunan kamus akan selalu berkaitan dengan methodnya itu sendiri. Seperti yang kita ketahui terdapat 2 dasar penyusunan kamus yaitu lafdzahiydan ma’nawiy. Maka method penyusunan kamus didasarkan atas ke 2 hal ini. Kemudian yang berdasarkan lafadzh ini dibagi lagi menjadi 2 yaitu yang mengikuti huruf hijaiyyah ada pula yang mengikuti strukturnya. Yang mengikuti huruf hijaiyyah ini ada yang mengikuti urutan fonem menurut tingkat kesulitan pengucapannya baik dari yang paling mudah atau pun yang paling susah, atau yang mengikuti urutan alfabetis baik dari awal urutan alphabet sampai akhir atau pun sebaliknya yaitu dari urutan terakhir sampai yang pertama.


            Dilihat dari klasifikasi ini maka al-mu’jam al-wasith dapat diklasifikasikan kedalam (معجم الترتيب الأفبائى حسب أوائل الكلمات بعد التجريد).
Referensi untuk para sahabat yang membutuhkan kamus, setelah mencari akhirnya ditemukan juga KAMUS AL WASIT dalam format PDF.
Mungkin masih lumayan susah menggunakannya dari pada menggunakan kamus berbentuk buku, tetapi untuk mereka yang ingin memiliki kamus ini agaknya tinggi nilainya.



            Meski agak susah untuk mendapatkan tetapi untuk sementara masih boleh digunakan  walaupun tidak sempat untuk membawa kamus kemana-mana. Sedikit tips, untuk memudahkan pencarian kata, anda boleh menggunakan menu Find (Ctrl + F) bagi mereka yang ada software PDF.


            Walaubagaimanapun, sekiranya anda berada di institusi pengajian islam khususnya dalam pengajian bahasa arab kamus Wasit sangatla diguna pakai. Sehingga diberitakan daripada pihak pekedai buku hampir-hampir sahaja stok kamus laris dijual berikutan langganan kamus Wasit. Kamus digunakan di Fakulti Pengajian Islam,UKM untuk pengkhususan maharat.




Kamus Dewan ialah sebuah kamus bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 2005, kamus ini telah mencapai edisi keempat. Kamus ini seringkali mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Syabab sendiri yang majority berhaluan STPM, juga menggunakan kamus ini bagi memudahkan penulisan laras sastera kami untuk subjek Pengajian AM. Kamus ini sangat membantu dalam penerangan sekaligus mencari kata sinonim dan dasar yang jelas.


            Dari sudut ,sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Kamus Dewan Edisi Pertama pada tahun 1970. Pada tahun 1984, Edisi Kedua pula diterbitkan. Edisi Ketiga, yang diterbitkan pada tahun 1994 dan diulang cetak pada tahun 1998, merupakan edisi yang paling popular dan mencatatkan jualan yang paling tinggi dalam sejarah. Edisi ini mengandungi lebih daripada 36,000 lema dalam 1566 halaman. Pada tahun 2005, Edisi Keempat diterbitkan, memaparkan sekitar 82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri) dalam 1817 halaman.

Tuesday 4 June 2013

TERJEMAHAN TEXT ARAB-MELAYU


Contoh Teknik Terjemahan Yang Ditunjukkan Dari Pensyarah Kami Dr. Maheram Bt. Ahmad:



Tarikh lahir Syeikh Nurudin tidaklah diketahui. Beliau belajar di Mekah dan diketahui barada di sini pada 1621. R. O. Winstedt berpendapat, setelah selesai pengajiannya di Mekah, beliau telah pergi ke Pahang... Beliau belayar ke Aceh pada tahun 1637 setelah mangkatnya Sultan Iskandar Muda. Di situ beliau belajar agama serta disambut baik oleh Sultan Iskandar Thani (1636 - 1675)... Kemudian pada tahun 1644 beliau meninggalkan Aceh untuk pulang ke Ranir dan meninggal dunia di situ pada tahun 1658.

(Dipetik daripada buku Tokoh-tokoh Melayu yang agung dalam sejarah, hlm. 91)



ا. Tarikh lahir memang betul diterjemahkan kepada الميلاد تاريخ,
tetapi apabila digabungkan dengan perkataan Syeikh Nurudin,
maka terjemahannya akan jadi تاريخ ميلاد شيخ نورالدين  bukannya تاريخ الميلاد لشيخ نوروالدين
Jadi terjemahan ayat pertama ialah تاريخ ميلاد شيخ نورالدين غير معروف. 

ب. Ayat “Beliau belajar di Mekah dan diketahui berada di sini pada 1621” pula diterjemahkan kepada ” درس في مكة وهو يسكن هنا في سنة 1621.
Terjemahan ini betul kecuali terdapat satu perkataan yang tidak diterjemahkan, iaitu diketahui dalam frasa “diketahui berada”.
Frasa ini sepatutnya diterjemahkan kepada ومن المعلوم أنه مقيم“ .
Jadi terjemahan untuk ayat ini ialah (كان يدرس في مكة ومن المعلوم أنه مقيم هنا في سنة 1621) .

ج. Ayat “setelah selesai pengajiannya di Mekah”yang diterjemahkan kepada بعد انتهي دراسته في مكة juga tidak tepat terjemahan.
Yang lebih tepat ialah menggunakan masdar انتهاء sebagai ganti kepada kata kerja انتهي .
Jadi, terjemahannya akan jadi begini:بعد انتهاء من دراسته في مكة

د. Frasa “di situ” diterjemahkan kepada في هناك.
Padanan ini tidak tepat, kerana perkataan في perlu dibuang.
Kekalkanهناك sahaja dan lebih baik kalau ditambah huruf jar و.
Maka terjemahannya akan menjadi: وهناك يدرس علوم الدين


ه. Frasa disambut baik diterjemahkan kepada ترحيب dan padanan ini kurang tepat.
Sebaiknya ia diterjemahkan kepada نال الترحيب f.
 Dalam terjemahan ini:
ثم في سنة 1644 هو يترك آتشيه ليرجع إلي رانير وهناك هو وفاة في سنة 1658.
Sepatutnya perkataanهو dalam هو يترك dibuang, dan  هو وفاة ditukarkan kepada  توفى.
Semoga ianya sangat beguna bagi kalian untuk mahir dalam medan terjemahan.

Kepentingan dan Nilai Seorang Penterjemah

Salam Rejab,.. :)


Disini syabab ingin merungkai kepentingan dan nilai seorang penterjemah. Terjemahan sudah diketahui ramai sebagai suatu elemen biasa untuk kesinambungan kepada kefahaman sesuatu perkara. Misalannya menterjemah sesuatu ilmu yang tidak difahami kepada bahasa yang boleh difahami. Kesannya maklumat berjaya disampaikan dan itulah fungsi terjemah. Nanti!!!

Tahukah anda bahawa terjemahan lebih daripada itu fungsinya.Jentera penterjemahan mampu untuk mengubah sesuatu perkara kepada perkara yang lain, daripada suatu suasana biasa kepada suasana yang luar biasa daripada suatu bentuk jahiliah kepada cahaya hidayah dan pokok pangkalnya terjemahan mampu untuk mengubah dunia.Nah, penterjemah mampu untuk mengubah suatu corak kehidupan, tinggal lagi perubahannya itu bersifat positif ataupun sebaliknya. Inilah kepentingan terjemahan, suatu bidang ilmu yang perlu diselidiki dan difahami bukan sekadar bahasa mahupun kemahiran bahkan membutuhkan kerasaan pengalaman yang meluas. Bak kata pepatah “Jauh perjalanan, luas pemandangan”.

Tidakkah anda sedari akan kepentingan terjemah, bayangkan sekiranya penterjemahan ini dikuasai seorang yang “bias”, “kroni” , “kepentingan” , dan seumpamanya. Bukankan penyelewengan akan berlaku sekiranya sifat-sifat seperti ini ada pada penterjemah. Lebih buruk lagi apabila disuntik unsur-unsur negatif dalam bahan terjemahannya sebagai racun untuk sasaran pembaca. Inilah nilai penterjemahan!!! Bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan apalagi mengabaikan. Pernahkah anda tertanya-tanya adakah anda pernah ditipu atau diselewengkan dengan bahan bacaan harian anda.

Opss,…maaf saya disini bukan sekadar membahaskan tentang sesuatu bahan bacaan ataupun menskopkan kepada sesuatu bahasa sahaja tetapi kami bercakap atas dasar umum.