Wednesday 5 June 2013

TEORI MAKNA SAINTIFIK



HA!!! ASSALAMUALAIKUM awal bicara, maaf terjerit-jerit tadi. Kali ini pasti kalian tertunggu-tunggu ,name je blog kami nh menyediakan teori terjemahan tapi sampai sekarang pun masih tercari-cari kan. Jadi, sekejap lagi kami sajikan dibawah ini salah satu teori yang akan memberikan kupasan tentang terjemahan. Sekiranya ada kekurangan atau kekeliruan sila comment dan sekirannya ada soalan boleh terus hubungi  kami syabab blogger.


Teori Imej Mental


Pada masa dahulu, pendekatan saintifik paling luas yang digunakan bagi mengkaji makna adalah teori falsafah yang dinamakan teori imej mental. Mengikut pendekatan ini ,setiap perkataan berfungsi sebagai symbol kepada maknanya. Makna sesuatu perkataan itu serupa dengan imej mental yang berkaitan dengann symbol itu. Jadi ,makna “pisang” adalah imej mental yang serupa dengan benda yang dikatakan “pisang”.

Sekiranya kita hendak menggunakan teori ini dalam terjemahan, apabila kita hendak menterjemah makna perkataan yang digunakan oleh pengarang asal, kita mesti menerangkan makna perkataan itu berdasarkan imej mental yang ada  dalam otak si pengarang sewaktu dia menggunakan perkataan tersebut.Misalannya:
Jika seorang berbangsa iskimo menggunakan perkataan “igloo” di dalam karangannya, maka kita mestilah menerangkan makna “igloo” itu berdasarkan imej rumah yang ada dalam kepala si pengarang Eskimo itu.

Berdasarkan teori ini ,kita tidak boleh menggantikan “igloo” dengan “rumah” kerana sebagai penterjemah berbangsa melayu ,apabila kita menggunakan perkataan “rumah” imej rumah  yang ada dalam imaginasi kita tidak sama dengan imej “igloo” yang ada dalam imaginasi si Eskimo itu. Sekiranya terjemahan itu dibaca oleh orang melayu dari perkampungan, dia mungkin mempunyai imej mental yang lain pula.


1.  Kelemahan teori imej mental ini adalah dalam menjelaskan beberapa masalah pokok tentang makna.

 Contohnya , salah satu ciri makna adalah masalah kepelbagaian makna. Umpamanya, segi tiga tidak boleh disamakan dengan imej mental bentuk segi tiga yang ideal ,sebab dalam keadaan yang sebenar, terdapat banyak bentuk yang semuanya boleh disebut sebagai “segi tiga”. Oleh itu, symbol segi tiga mempunyai makna yang abstrak. Semua makna yang abstrak tidak dapat diberikan imej mentalnya yang dapat mencerminkan fungsi symbol berkenaan.


2.  Kelemahan lain ialah, tiada siapapun yang boleh masuk kedalam otak orang lain untuk melihat bagaimana imej yang dibayangkan oleh orang tersebut.  jadi kita tidak boleh menggambarkan bagaimana imej yang tepat digambarkan oleh pengarang Eskimo tersebut semasa beliau menggunakan perkataan “igloo”  dalam karangannya. Sememangnya orang yang paling tahu akan imej yang dibayangkan adalah diri sendiri tetapi bagi keterangan peribadi adalah terlalu subjektif dan tidak boleh dijadikan sebagai penilaian dan ujian saintifik. Oleh yang demikian teori ini sukar digunakan dalam bidang terjemahan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berhubung dengan pernyataan saudara berkenaan teori ini, adakah teori ini sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak untuk menginterpretasikan makna berdasarkan simbol yang ditunjukkan? Sebagai contohnya, guru tadika menggunakan flash card yang tertera gambar bola beserta ejaan bola tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Mona, sedap name 2, sebenarnya teori ini secara tidak langsung sudah dipraktikkan dalam kehidupan kite seharian bermula dari kecil lagi, secara ringkas teori ini bermaksud menilai sesuatu perkataan berdasarkan imej yg ade didalam minda seseorang,persoalan sesuai atau tidak digunakan peringkat tadika tidak wujud, sebab teori ini bersifat semulajadi,..apabila pelajar tadika disebutkan kepada mereka perkataan bola mungkin semua sudah terbayangkan imejnye,maka disini wujud teori imej mental..cuba kita sebutkan perkataan "unta", mungkin tiada sebarang imej terbentuk dalam fikiran mereka, jadi penggunaan "flash card" akan membantu proses input imej kedalam minda pelajar untuk menginterpretasikan imej unta tersebut dengan imej yg baru diterima. Tuntasnya, "flash card"(kaedah illustrasi) adalah sebagai alat dalam terjemahan maklumat.

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya tertarik dengan teori ini yang tidak sesuai diguna pakai dalam penterjemahan. Bagaimanakah sesorang mampu memahami sesuatu maksud secara tepat? Apakah pandangan anda tentang penterjemahan melalui suatu ayat yang lengkap dan bukan lagi melihat kepada setiap patah perkataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori ini sememangnya adalah teori awwalin yang sengaja dijadikan bahan sejarah dalam blog ini untuk menegaskan sejarah permulaan teori penterjemahan yg akhirnya diperbaharui dengan teori2 moden yang menyusul selepasnya.

      Pada pandangan saya, terjemahan yang tuan maksudkan adalah terjemahan pragmatik yang mementingkan idea, bukannya linguistik sesuatu bahasa sumber yg hendak diterjemah.


      Delete