Tuesday 4 June 2013

Kepentingan dan Nilai Seorang Penterjemah

Salam Rejab,.. :)


Disini syabab ingin merungkai kepentingan dan nilai seorang penterjemah. Terjemahan sudah diketahui ramai sebagai suatu elemen biasa untuk kesinambungan kepada kefahaman sesuatu perkara. Misalannya menterjemah sesuatu ilmu yang tidak difahami kepada bahasa yang boleh difahami. Kesannya maklumat berjaya disampaikan dan itulah fungsi terjemah. Nanti!!!

Tahukah anda bahawa terjemahan lebih daripada itu fungsinya.Jentera penterjemahan mampu untuk mengubah sesuatu perkara kepada perkara yang lain, daripada suatu suasana biasa kepada suasana yang luar biasa daripada suatu bentuk jahiliah kepada cahaya hidayah dan pokok pangkalnya terjemahan mampu untuk mengubah dunia.Nah, penterjemah mampu untuk mengubah suatu corak kehidupan, tinggal lagi perubahannya itu bersifat positif ataupun sebaliknya. Inilah kepentingan terjemahan, suatu bidang ilmu yang perlu diselidiki dan difahami bukan sekadar bahasa mahupun kemahiran bahkan membutuhkan kerasaan pengalaman yang meluas. Bak kata pepatah “Jauh perjalanan, luas pemandangan”.

Tidakkah anda sedari akan kepentingan terjemah, bayangkan sekiranya penterjemahan ini dikuasai seorang yang “bias”, “kroni” , “kepentingan” , dan seumpamanya. Bukankan penyelewengan akan berlaku sekiranya sifat-sifat seperti ini ada pada penterjemah. Lebih buruk lagi apabila disuntik unsur-unsur negatif dalam bahan terjemahannya sebagai racun untuk sasaran pembaca. Inilah nilai penterjemahan!!! Bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan apalagi mengabaikan. Pernahkah anda tertanya-tanya adakah anda pernah ditipu atau diselewengkan dengan bahan bacaan harian anda.

Opss,…maaf saya disini bukan sekadar membahaskan tentang sesuatu bahan bacaan ataupun menskopkan kepada sesuatu bahasa sahaja tetapi kami bercakap atas dasar umum.

3 comments:

  1. Salam buat sahabat syabab, saya setuju dengan pentingnya penterjemah :)

    ReplyDelete
  2. Setuju tandanya ,anda perlu folloe kami. Sekadar kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...jika berkesempatan

    ReplyDelete