Tuesday 4 June 2013

TERJEMAHAN TEXT ARAB-MELAYU


Contoh Teknik Terjemahan Yang Ditunjukkan Dari Pensyarah Kami Dr. Maheram Bt. Ahmad:



Tarikh lahir Syeikh Nurudin tidaklah diketahui. Beliau belajar di Mekah dan diketahui barada di sini pada 1621. R. O. Winstedt berpendapat, setelah selesai pengajiannya di Mekah, beliau telah pergi ke Pahang... Beliau belayar ke Aceh pada tahun 1637 setelah mangkatnya Sultan Iskandar Muda. Di situ beliau belajar agama serta disambut baik oleh Sultan Iskandar Thani (1636 - 1675)... Kemudian pada tahun 1644 beliau meninggalkan Aceh untuk pulang ke Ranir dan meninggal dunia di situ pada tahun 1658.

(Dipetik daripada buku Tokoh-tokoh Melayu yang agung dalam sejarah, hlm. 91)



ا. Tarikh lahir memang betul diterjemahkan kepada الميلاد تاريخ,
tetapi apabila digabungkan dengan perkataan Syeikh Nurudin,
maka terjemahannya akan jadi تاريخ ميلاد شيخ نورالدين  bukannya تاريخ الميلاد لشيخ نوروالدين
Jadi terjemahan ayat pertama ialah تاريخ ميلاد شيخ نورالدين غير معروف. 

ب. Ayat “Beliau belajar di Mekah dan diketahui berada di sini pada 1621” pula diterjemahkan kepada ” درس في مكة وهو يسكن هنا في سنة 1621.
Terjemahan ini betul kecuali terdapat satu perkataan yang tidak diterjemahkan, iaitu diketahui dalam frasa “diketahui berada”.
Frasa ini sepatutnya diterjemahkan kepada ومن المعلوم أنه مقيم“ .
Jadi terjemahan untuk ayat ini ialah (كان يدرس في مكة ومن المعلوم أنه مقيم هنا في سنة 1621) .

ج. Ayat “setelah selesai pengajiannya di Mekah”yang diterjemahkan kepada بعد انتهي دراسته في مكة juga tidak tepat terjemahan.
Yang lebih tepat ialah menggunakan masdar انتهاء sebagai ganti kepada kata kerja انتهي .
Jadi, terjemahannya akan jadi begini:بعد انتهاء من دراسته في مكة

د. Frasa “di situ” diterjemahkan kepada في هناك.
Padanan ini tidak tepat, kerana perkataan في perlu dibuang.
Kekalkanهناك sahaja dan lebih baik kalau ditambah huruf jar و.
Maka terjemahannya akan menjadi: وهناك يدرس علوم الدين


ه. Frasa disambut baik diterjemahkan kepada ترحيب dan padanan ini kurang tepat.
Sebaiknya ia diterjemahkan kepada نال الترحيب f.
 Dalam terjemahan ini:
ثم في سنة 1644 هو يترك آتشيه ليرجع إلي رانير وهناك هو وفاة في سنة 1658.
Sepatutnya perkataanهو dalam هو يترك dibuang, dan  هو وفاة ditukarkan kepada  توفى.
Semoga ianya sangat beguna bagi kalian untuk mahir dalam medan terjemahan.

7 comments:

  1. Assalamualaikum, jika melihat dari teknik penterjemahan dari pensyarah anda, ianya hanya meliputi dari aspek struktur nahu atau tatabahasa sahaja yang mana nahi ini mesti disesuaikan mengikut kaedahnya yang tepat. Bagaimana pula dengan kaedah penterjemahan secara holistik misalnya dari bahasa arab ke bahasa melayu yang maknanya berubah 100% namun maknanya sama.
    Sebagai contoh, ucapan selamat hari lahir, كل ام و انتم بالخير. Bahasa arab dan bahasa melayu ini mempunyai perbezaan yang ketara dari sudut penterjemahan secara harfiyyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Holistik maksudnya menyeluruh, bukan pragmatic yang ada kaitan dengan konteks dan suasana ketika ujaran (dialog/perbualan, bukannya teks biasa) itu dibuat. Kaedah terjemahan secara KESELURUHANNYA ADA 3: Ini kaedah umum.
      1. Terjemahan kata demi kata,
      2. Terjemahan harfia/literal dan
      3. Terjemahan bebas.

      Akan tetapi, apabila kita berhadapan dengan masalah tertentu ketika menterjemah (maksudnya ketika proses penterjemahan berlaku), kita akan menggunakan strategi tertentu atau boleh kita kata kaedah khusus.
      Contohnya apabila kita bertemu dengan peribahasa, maka strategi penterjemahan yang boleh digunakan ialah menterjemah peribahasa ke bentu peribahasa juga, atau menterjemah peribahasa ke bentuk ungkapan biasa (ambil maknanya sahaja)
      Strategi berbeza dengan kaedah umum tadi.

      Dalam terjemahan, memanglah perkataan akan berubah 100% kerana ia melibatkan dua bahasa yang berbeza.
      Apabila kaedah bebas digunakan, bentuk teks asal (struktur teks asal) tidak akan kelihatan lagi yang tinggal cuma maknanya sahaja.Dalam terjemahan, apa yang penting ialah makna. Manakala bentuk menduduki tempat kedua walapun ada yang berpandangan bahawa kedudukan makna dan bentuk adalah sama khususnya dalam penterjemahan teks sastera seperi puisi ,syair dll.

      Delete
  2. Assalamualaikum, alang2 dah singgah ke ruangan ni
    bolehlah sy brtnyekn soalan yer
    bg soalan (jim)
    kenapa perkataan 'intaha' perlu ditukar kpd masdar?
    mohon penjelasan, sekadar pengetahuan
    *hamba yang mencintai bahasa arab*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah mengikut kesesuaian sintaksis ayat, dalam ayat tersebut isim/masdar lebih sesuai untuk diletakkan selepas kalimah بعد ,..

      Kerana itulah penggunaan pengel itu perlu ditukarkan kepada masdar untuk kesesuaian ayat dan lebih menepati mesej yang hendak disampaikan.

      Delete
  3. assalamualaikum.. berdasarkan soalan (dal) fi itu menunjukkan tempat kan? jadi sebab itukah ianya perlu dibuang.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan soalan ini sebenarnya هناك sudah cukup menunjukkan makna di sana, maka tidak perlu ditambah فى. Sekiranya ditambah maka terjemahannya berbau seperti ini: ...di di sana...

      Delete