Wednesday 5 June 2013

KAMUS EKA BAHASA


Assalamualaikum, wahai sahabat sekalian. Harap semuanya sihat-sihat selalu, kali ini dari syabab ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai beberapa contoh KAMUS EKA BAHASA.  Ada tiga contoh yang akan kami bawakan dan setiap kamus ini sering mendapat rujukan ramai.


Kamus Eka Bahasa digunakan untuk mengetahui maksud seerti(sinonim). Penting bagi seorang penterjemah untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan di dalam rangkaiaan ayat supaya mesej yang disampaikan. Kamus ini  penting untuk merungkai masalah linguistic yang menjadi kesukaran penterjemah. Berkemungkinan juga eka bahasa mampu untuk mencari etimologi sesuatu perkataan yang terdapat kesamaran.





Merriam–Webster, awalnya bernama G. & C. Merriam Company dari Springfield, Massachusetts. Ia adalah sebuah perusahaan Amerika Serikat yang menerbitkan buku referensi khususnya kamus yang merupakan keturunan dari An-American Dictionary of the English Language (karyaNoah Webster1828).
Merriam-Webster Inc. telah menjadi anak perusahaan Encyclopedia Britannica, Inc. sejak 1964.


            Kebiasaaannya kamus Merriam ini digunakan secara online tetapi perlu menjadi keahlian terlebih dahulu. Dari pihak syabab sendiri ,kamus ini agak penting untuk bidang tyerjemahan terutamanya bahasa inggeris. Hal ini kerana, kesukaran mencaeri makna dan padanan yang sesuai untuk diterjemah kepada bahasa melayu atau mana-mana bahasa sasaran lain. Apabila anda menggunakan kamus eka bahasa ia akan membantu dalam pencarian kalimah dasar. Jadi mudahlah untuk membuat padanan terjemahan. Disini kami sertakan pautan laman web Merriam-Webster sekiranya berminat...... http://www.merriam-webster.com/






Sebagaimna yang telah dipaparkan di atas dasar penyusunan kamus akan selalu berkaitan dengan methodnya itu sendiri. Seperti yang kita ketahui terdapat 2 dasar penyusunan kamus yaitu lafdzahiydan ma’nawiy. Maka method penyusunan kamus didasarkan atas ke 2 hal ini. Kemudian yang berdasarkan lafadzh ini dibagi lagi menjadi 2 yaitu yang mengikuti huruf hijaiyyah ada pula yang mengikuti strukturnya. Yang mengikuti huruf hijaiyyah ini ada yang mengikuti urutan fonem menurut tingkat kesulitan pengucapannya baik dari yang paling mudah atau pun yang paling susah, atau yang mengikuti urutan alfabetis baik dari awal urutan alphabet sampai akhir atau pun sebaliknya yaitu dari urutan terakhir sampai yang pertama.


            Dilihat dari klasifikasi ini maka al-mu’jam al-wasith dapat diklasifikasikan kedalam (معجم الترتيب الأفبائى حسب أوائل الكلمات بعد التجريد).
Referensi untuk para sahabat yang membutuhkan kamus, setelah mencari akhirnya ditemukan juga KAMUS AL WASIT dalam format PDF.
Mungkin masih lumayan susah menggunakannya dari pada menggunakan kamus berbentuk buku, tetapi untuk mereka yang ingin memiliki kamus ini agaknya tinggi nilainya.



            Meski agak susah untuk mendapatkan tetapi untuk sementara masih boleh digunakan  walaupun tidak sempat untuk membawa kamus kemana-mana. Sedikit tips, untuk memudahkan pencarian kata, anda boleh menggunakan menu Find (Ctrl + F) bagi mereka yang ada software PDF.


            Walaubagaimanapun, sekiranya anda berada di institusi pengajian islam khususnya dalam pengajian bahasa arab kamus Wasit sangatla diguna pakai. Sehingga diberitakan daripada pihak pekedai buku hampir-hampir sahaja stok kamus laris dijual berikutan langganan kamus Wasit. Kamus digunakan di Fakulti Pengajian Islam,UKM untuk pengkhususan maharat.




Kamus Dewan ialah sebuah kamus bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 2005, kamus ini telah mencapai edisi keempat. Kamus ini seringkali mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Syabab sendiri yang majority berhaluan STPM, juga menggunakan kamus ini bagi memudahkan penulisan laras sastera kami untuk subjek Pengajian AM. Kamus ini sangat membantu dalam penerangan sekaligus mencari kata sinonim dan dasar yang jelas.


            Dari sudut ,sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Kamus Dewan Edisi Pertama pada tahun 1970. Pada tahun 1984, Edisi Kedua pula diterbitkan. Edisi Ketiga, yang diterbitkan pada tahun 1994 dan diulang cetak pada tahun 1998, merupakan edisi yang paling popular dan mencatatkan jualan yang paling tinggi dalam sejarah. Edisi ini mengandungi lebih daripada 36,000 lema dalam 1566 halaman. Pada tahun 2005, Edisi Keempat diterbitkan, memaparkan sekitar 82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri) dalam 1817 halaman.

7 comments:

  1. Apa beza kamus2 yang syabab postkan tu dengan kamus Al-Miftah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami dari syabab merendah diri menjawab persoalan saudari, al-miftah sangat berbeza kerana ia lebih kepada kamus untuk merujuk maksud leksikal sesuatu perkataan. Akan tetapi kamus eka bahasa lebih menjurus kepada makna rujukan yang memudahkan pengguna mengetahui sinonim sesuatu perkataan atau bagi mendapatkan kata dasar/akar sesuatu perkataan.

      Delete
  2. Jika kamus eka bahasa ini mampu memudahkan penterjemahan kerana sifatnya memberi sinonim atau kata dasar, bagaimana pula dengan penterjemahan pada kitab kitab fiqh atau sebagainya yang masih lagi tidak dapat memenuhi makna sebenar sesuatu ayat yang ingin disampaikan? Permasalahan ini kerap berlaku dalam penterjemahan kitab fiqh dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam penterjemahan, kamus yg paling penting ialah kamus dwibahasa, bukannya kamus ekabahasa. Di samping itu, kamus dalam bidang atau yg dipanggil glossari juga amat penting. Dalam kitab fiqh banyak istilah tidak dpt dicari padanannya dgn baik oleh penterjemah yang akan menghasilkan terjemahan yg kurang baik. Setakat ini belum ada kamus yg betul-betul sempurna yg boleh digunakan semasa proses penterjemahan.


      Perlu diingat, syarat utama penterjemah juga ialah mengetahui bidang/topik yg akan diterjemahkan. Kalau dia tidak mampu, lebih baik dia tidak menterjemah.

      (Dr. Maheram Ahmad)

      Delete
  3. Bagi pemahaman kami syabab, kitab fiqh mahupun mana-mana kitab turas haruslah difahami ibarat(ayat) tersebut. Bukanlah dengan mudahnya menterjemahkan ibarat secara harfiah kerana hal tersebut menjurus kepada kegagalan penyampaian maklumat. Terjemahan perlu merujuk dari sudut sintaksis ibarat arab yang sememangnya kaya dengan kaedah nahu yang tersendiri. Sebagai contoh kelemahan terjemahan ibarat adalah kecuaian dalam (تعلق) sesuatu ibarat.

    Jadi kami mencadangkan untuk مراجعة kitab dengan berpandukan syarah sesuatu matan yang ingin disampaikan tersebut.Samada dalam kitab syarah ataupun "foot note" yg disediakan.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah terbaca satu buku yang mengatakan perlunya sesuatu bangsa menggunakan bahasa sendiri untuk mencapai tahap perkembangan teknologi yg tinggi sebagaimana Jepun.
    Padahal kita sendiri lihat betapa banyaknya buku-buku ilmuan barat yang kita sendiri rujuk dan diajar di Negara kita sendiri .
    Maka pada pendapat blogger apa pentingnya terjemahan dilakukan terhadap ribuan buku tersebut dan tidakkah ia mebazirkan masa dan kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini saudara Amirul perlu kenalpasti tujuan terjemahan. Bukanlah menterjemaH KESELURUHAN TEXT ITU ADALAH MAKSUD TERJEMAH, BAHKAN MAKSUD TERJEMAH ADALAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA BAHASA SASARAN.

      Oleh itu, bagi masalah ribuan buku tidak menimbulkan sebarang masalah. Penterjemah hanya perlu memindahkan idea dalam buku tersebut bukannya memindahkan keseluruhan text kepada bahasa sasaran yang sememangnya sia-sia. KAEDAH INI DIPANGGIL TERJEMAHAN PRAGMATIK.

      Delete