Wednesday 5 June 2013


Makna Figuratif

Banyak perkataan mempunyai sempadan makna yang samar dengan makna beberapa perkataan lain. Sebagai contoh makna perkataan nasi dalam dua frasa yang berbeza:

1. Nasi ayam : Mesti diterjemahkan kepada makna figuratif yang membawa maksud makanan                                            manusia.

2. Nasi kucing: Tidak perlu diterjemahkan kepada makna figuratif sebaliknya terus direct                                        translation(makna rujukan) yang membawa maksud nasi untuk kucing.



Tambahan lagi, dalam kajian syabab blogger mendapati salah satu masalah makna rujukan yang kerap dihadapi adalah perluasan makna yang bersifat  figuratif. Ungkapan-ungkapan yang disebut kiasan, simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan, metafora dan simili ialah makna figuratif.

Makna rujukan untuk perkataan ayam boleh kita ketahui dengan mudah apabila dilihat daripada sudut jenis makhluk burung, tetapi berlaku masalah apabila kita nak terjemahkan kedalam maksud figuratif.

Apa maksud figuratif untuk kalimah AYAM?
Apabila berpindahnya perkataan ayam kedalam maksud figuratif maka maknanya menjadi kabur/kiasan/samar.
  •         I.            Kaki ayam
  •       II.            Ibu ayam
  •     III.            Ayam tambatan
  •     IV.            Tidur-tidur ayam
  •       V.            Cakar ayam
  •     VI.            Ayam didik
  •   VII.            Resmi ayam
  • VIII.            Ayam ditangan disambar helang
 Kebiasaannya  makna figuratif diterbitkan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa itu berdasarkan sifat-sifat yang mereka anggap paling menonjol pada sesuatu benda, contohnya:

Sifat LICIN pada seekor belut kerana sifat itulah yang paling menonjol pada belut.
Sifat KOTOR pada seekor babi kerana itu sifat yang paling menonjol pada seekor babi.
Sifat BECOK pada murai.
Sifat MEGAH pada merak.

Jadi semua nama binatang ini diambil dan digantikan kepada objek lain untuk mengambarkan sifat. Objek kaki digabungkan dengan AYAM = "kaki ayam" untuk mengambarkan seorang manusia yang tidak berkasut/selipar seperti sifat ayam yang tidak pakai selipar/kasut pada kakinya.

Namun makna figuratif berbeza mengikut sesuatu bangsa atau negara kerana ini adalah berdasarkan pemerhatian dan ruang lingkup pola pemikiran sesuatu tempat. Misalannya ,orang melayu berpendapat sifat ayam begitu dan begini, namun orang barat menganggap ayam sifatnya macam ini dan macam itu. Justeru ,makna figuratif kadangkala diambil daripada bahasa lain bagi memenuhi frasa makna yang tiada padanan sesuai dengan bahasa sendiri.
Contoh:


"Seperti KERA mendapat Bunga "


= Simpulan bahasa ini mungkin anda mendakwa ia datang dari nenek-moyang kita baik cerita dogeng atau   mitos mahupun realiti zaman mereka, akan tetapi ketahuilah simpulan bahasa ini dipinjam daripada Bahasa Tamil.





9 comments:

  1. kalau nak faham lebih detail,..cari frasa dalam arab dan terjemah kedalam dua bahasa: enggeris dan melayu.
    .,selamat mencuba,.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saudara,
    penggunaan istilah objek dalam menyampaikan makna figuratif adalah sesuatu yang biasa terutama dalam bahasa Melayu. Sebagai tambahan untuk pemahaman, Berikan contoh makna figuratif lain selain yang dinyatakan di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, untuk permintaan simpulan bahasa itu nnti, admin akan cube perbaharu untuk penambahan maklumat tentang figuratif supaya pembaca lebih faham.

      Delete
  3. salam..adakah ada persamaan dengan peribahasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, peribahasa itu sendiri perkataanya membawa makna figuratif sepertimana yang anda telah baca petikan diatas. Sebab itulah peribahasa tidak difahami(terjemah) secara harfiah bahkan mempunyai maksud tersirat(kesamaran).

      Delete
  4. Assalamualaikum, Admin yg mulia.. Satu Perkongsian yg menarik, cuma nak minta pencerahan, terutama utk pembaca yg baru berjinak dalam bidang bahasa.Contoh yg diberi Amat Bai ktetapi boleh jelaskan Definisi Figuratif secara menyeluruh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kami tak perasan bahagian definisi 2, nanti admin akan update yg baru lengkap lagi komprehensif,..hehe

      Delete
  5. salam alaik, sy tertarik dgn kenyataan yg mngatakan simpulan bhasa ni dtg dri bahasa tamil. boleh saudara bg contoh yg mngatekan bhwe simpulan bhase 2 dtg dri bahasa tamil?? terima kasih.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya soalan ni agak berat dan subjektif untuk dijawab, sebab syabab pun merujuk nye kepada salah sebuah buku teori yg sudah memberikan contoh sedemikian. Jadi mungkin anda boleh rujuk terus di bahagian rujukan kami. Disini saya lampirkan laman beliau...
      http://books.google.com.my/books?id=UFmzycs3-mMC&pg=PA68&dq=terjemahan&hl=en&sa=X&ei=8aM8UaeFKYzLrQfZ8IH4Bg&ved=0CD0Q6AEwAg

      Delete