Saturday 22 June 2013

Di Sebalik Pembikinan

Assalamua'laikum semua......minta maaf kami ucapkan terlebih dahulu....kami semua sibuk dengan final exam   sehinggakan tidak mempunyai masa untuk ber'blogging'...Hehe..

Di sini syabab akan memberikan sedikit latar belakang kami semua dalam pembikinan blog ini....Bak kata pepatah  "Tak kenal maka tak cinta".



Nama : Muhammad Na'im Syafiq Bin Mohd Saifuddin.

Umur : 21 tahun.

Alamat : No. 22 Batu 9, Kampung Sungai Kepong, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur.
 
Asal : Pahang Darul Makmur.

Cita-cita : Hafiz Al-Qur'an.

Falsafah : Harta, diri dan masa hanya untuk Allah S.W.T.

Status : Bujang.



Latar belakang pendidikan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pekerjaan : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)

Modul : Bahasa dan Kesusasteraan Arab.

Kolej kediaman : Kolej Pendeta Za'ba.

Pengalaman bekerja : Pekebun kecil(sawit & getah)

Kecenderungan kemahiran : Kerja berkumpulan.

Hobi : Melayari internet & menonton televisyen serta comfort zone.

Kemahiran komunikasi : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Akaun Facebook : https://www.facebook.com/naim.juggle




Nama : Muhammad Azamuddin Bin Mohd. Ali.

Umur : 22 tahun.

Alamat : Lot 17439, Kampung Lepar, 27400 Dong, Raub, Pahang Darul Makmur.

 Falsafah : " Faiza a'zamta fatawakkal a'la Allah "

Cita-cita : Guru.

Status : Bujang.

Pengalaman bekerja : Satu tahun 6 bulan di Mercedes Benz Operation, Pekan Pahang, Quality Engineering.

Pandangan mengenai kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab I : " Kursus yang patut dipelajari setiap pelajar Melayu Muslim ".

Hobi : Melukis.

Latar belakang pendidikan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pekerjaan : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)

Modul : Sejarah dan Tamadun Islam.

Kolej kediaman : Kolej Keris Mas.

Kemahiran Komunikasi : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab.

Akaun Facebook : https://www.facebook.com/azam.mohdali.3




Nama : Mohd Noor Aiman Bin Mansor.

Umur : 20 tahun:

Alamat : Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.

Asal : Kelantan Darul Nai'm.

Cita-cita : Pensyarah.

Falsafah : Ilmu tidak akan habis, jadi timbalah ilmu-Nya yang Maha Luas.

Status : Bujang.

Latar belakang pendidikan : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pekerjaan : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)

Modul : Bahasa dan Kesusasteraan Arab.

Kolej kediaman : Kolej Burhanuddin Helmi.

Pandangan mengenai kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab I : " Nice...when we share the knowledge...even it not perfect but its still called knowledge ".

Akaun Facebook : https://www.facebook.com/zharul.aiman.9






Nama : Muhammad Fitri Bin Shahrom.

Umur : 21 tahun.

Alamat : K.M. 15.1, Kampung Seri Minyak, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.

Asal : Melaka Bandaraya Teknologi Hijau.

Cita-cita : Guru.

Falsafah : " Kita tidak mampu menjadi yang terbaik tetapi kita boleh membuat yang terbaik ".

Status : Bujang.


Latar belakang pendidikan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pekerjaan : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)

Modul : Sejarah dan Tamadun Islam.

Kolej kediaman : Kolej Aminuddin Baki.

Akaun Facebook : https://www.facebook.com/muhammadfitri.shahrom

Friday 21 June 2013

DASAR-DASAR PENSEJARAHAN(HISTORIOGRAFI) ISLAM



Satu lagi perkara penting dalam bidang penterjemahan adalah penguasaan dalam sesuatu bidang ilmu yang hendak diterjemahkan. Memahami sesuatu bahasa atau beberapa bahasa tidak bebas untuk menterjemah segala bidang ilmu ,namun ia memerlukan kefahaman yang meluas dalam skop bidang ilmu yang hendak diterjemah. 


          Kini, syabab bawakan satu contoh instrumen penting dalam kefahaman selok belok kaedah pemahaman bidang sejarah dengan cara yang betul iaitu penggunaan dasar atau "fundemental" yang betul dalam kajian sejarah. Tanpa penggunaan dasar yang betul ,maka sejarah tersebut akan bebas dari sudut pengambilan rujukan yang tidak terbatas atau penggunaan sumber bebas yang akhirnya membawa kepada penyelewengan.

SEJARAH ditulis untuk mengingat masa lalu, mengambil peringatan dan ibrah yang dapat disingkap melalui pembacaan komprehensif. Dalam lintasan waktu, Islam sebagai sebuah entiti agama dalam komuniti insani telah meninggalkan warisan panjang berupa historiografi(pensejarahan).

          Islam sangat menghargai sejarah, bahkan ayat-ayat al-Quran yang merupakan kitab suci dan komponen dasar bagi doktrin agama, keseluruhan mengandungi kisah-kisah masa lalu, baik tentang para nabi, umat-umat beriman, kaum yang ingkar, mahupun penentang agama seperti Fir’aun, Hamman dan Jaluth.

          Wacana keilmuan sejarah ini kemudian berkembang pesat pasca kenabian dan teryebarnya Islam ke negeri ‘Ajam (non-Arab). Ditambah lagi ketika Islam bersentuhan dengan budaya intelektual dari warisan Yunani, Byzantium dan Persia.

          Saat Islam lahir dan berkembang, terdapat empat peradaban saat itu, iaitu Byzantium(Rom) di Eropa Timur dengan agama Cristio-Hellenistic, Persia di lembah Mesopotamia yang menganut Zoroaster (Majusi), India di Asia Tengah dengan Hiduisme-nya dan negeri Tiongkok di Asia Timur dengan filsafat Confusius.        Dalam  historiografi, Islam mendapatkan sumber daripada budaya Arab berupa al-Anshab danal-Ayyam. Dua bentuk utama ini merupakan instrumen pewarisan turun-temurun cerita tentang kepahlawanan seseorang, kemenangan di medan perang serta tuturan dan sedikit catatan tentang silsilah keluarga.

          Secara umum, terdapat masalah yang dihadapi oleh historiografi masa awal Islam dan hingga kini belum selesai. Antara legenda-legenda dan tradisi-tradisi popular Arab masa pra-Islam dengan sejarah yang relatif ilmiah dan eksak yang muncul pada abad kedua hijriyah, masih terbentang satu jurang yang belum dapat dijelaskan.
Kemungkinan sebab terjadinya hal ini, ada dua pendapat. 

1.     Pertama, para penulis pada masa itu mengikuti pola pemikiran penulisan Buku Raja-raja, yang ditulis oleh orang Persia. 
2.     Kedua, kemungkinan hal ini muncul dari gabungan beberapa arus bilangan sejarah dan kuota sejarah.

Oleh itu, perlu dikaji lebih lanjut tentang bentuk dasar historiografi Islam untuk dapat memahami konsepsi keilmuan sejarah dalam khazanah intelektual Islam. Sekaligus untuk menyabung jurang catatan sejarah yang selama ini terbentang lebar.
Tulisan ini akan memberikan penjelasan lebih rinci tentang:

1.     Bentuk-bentuk dasar historiografi Islam: isnad, maghazi, tarajum, khabar, hawliyyah(annalistik), catatan dinasti, thabaqat dan nasab. 
2.     Karakteristik, tokoh penulis dan manuskrip yang ditulis pada masa itu. 
3.     Pengaruh historiografi Yunani, Persia dan Byzantium terhadap historiografi Islam.

Bentuk-bentuk Dasar

Bentuk dasar berperanan sebagai watak  awal penulisan sejarah dalam tradisi Islam. Bentuk-bentuk ini merupakan kerangka penulisan sejarah yang berisi kisah-kisah, syair-syair dan bait puisi. Pendapat umum para peneliti historiografi tentang beberapa genre awal penulisan sejarah dalam kalangan Islam dan Arab, adalah meliputi isnad, maghazi, tarajum, khabar, hawliyyah(annalistik), catatan dinasti, thabaqat dan nasab.

SANAD

Bahasa :  Sesuatu yang dijadikan sandaran.
Istilah : Sanad adalah mata rantai persambungan periwayat yang bersambung bagi matan hadith.

ISNAD
1.     Menisbatkan suatu hadith terhadap yang berbicara dengan cara bersanad.
2.     Memiliki pengertian yang sama dengan sanad, iaitu rantai persambungan periwayat yang bersambung bagi matan hadith.

MUSNAD
1.     Semua kitab yang dikumpulkan di dalamnya segala yang diriwayatkan oleh para sahabat.
2.     Hadith yang disandarkan kepda Nabi yang bersambung sanadnya.
3.     Musnad adalah sanad.

AL-MAGHAZI

Sejarah peperangan yang disertai oleh Baginda S.A.W. (masa/tempat) Suatu sejarah yang diperoleh melalui sumber hadith dan bukannya suatu cabang ilmu baharu.

TARAJUM

Biografi. Entri menunjukkan biografi pengarang, tajuk, penerbit, tempat penerbitan, dan tarikh penerbitan buku.
e.g : Nama akhir pengarang/nama pertama. Tajuk Book.publisher itu. daerah / negeri
penerbitan: bandar / bandar penerbitan, tahun hak cipta (tarikh
penerbitan).

HAWLIYYAH

Hawliyyah adalah Analitik yang berasal dari kata dasar anno (tahun). Historiografi dalam bentuk analitik merupakan bentuk khusus penulisan sejarah dengan menggunakan kronologi, iaitu pencantuman kejadian setiap tahun. Biasanya dimulai dengan kalimat “dalam tahun pertama” atau “ketika masuk tahun kesembilan”. Penyajian dalam bentuk ini sepenuhnya berkembang pada masa al-Thabari (wafat 310 H). Karya sejarah permulaan terbit pada dasawarsa pertama abad ke-10 M dan diteruskan sampai tahun 915 M.
Al-Thabari bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid al-Thabari al-‘Amuli, adalah seorang penulis sejarah yang terkemuka.
Sebelum al-Thabari juga telah berkembang penulisan dalam bentuk analitik, misalnya:

  1. Sejarah Khalifah Ibn Hayyat yang ditulis sampai tahun 847 M sebagai bentuk analitik yang memulai uraiannya mengenai arti tarikh dan uraian singkat mengenai sirah nabawiyah,
  2. Kitab sejarah dari Ya’qub ibn Sufyan (wafat 891 M) yang ditulis berdasar urutan tahun dengan beberapa kutipan.
  3. Sejarah dari Ibn Abi Haitsamah (wafat 893 M).


Mu’in Umar menjelaskan, secara teori penulis-penulis muslim lebih dahulu berkenalan dengan penggunaan data sejarah dan sejak diperkenalkan tahun Hijriyah, mereka sampai pada kesimpulan bahwa bentuk analitik merupakan cara yang sangat menyenangkan dalam pendedahan sejarah. Kerana lebih praktikal dan isi penulisan yang lebih padat dan mungkin itu yang dijadikan alasan.
Contoh bentuk analitik ini, di antaranya ditunjukkan oleh Ibn Hajar yang berjudul al-Durar al-Kaminah fi A’yan al-Miati al-Saminah yang menyajikan biografi tokoh-tokoh terkemuka, termasuk guru-gurunya yang disusun menurut hijaiyah.
Penulisan bentuk analitik, awalnya menggunakan klasifikasi tahun, sementara penyebutan bulan sangat sedikit. Terjadi pengecilan scope lintasan waktu, pada abad 14 dan 15 pasca Kristus, pengecilan itu mencapai hitungan bulan dan hari. Sedangkan kristalisasi historiografi seratustahunan (seabad) berlaku sampai akhir abad ke-13 masehi. Untuk pertama kali, perkataan “qarn” (abad) muncul dalam judul yang berhubungan dengan abad itu, misalnya karya Ibn al-Fuwaithi dan Lisanuddin ibn al-Khatib.

KHABAR

Khabar biasa diartikan sebagai ‘laporan’, ‘kejadian’ atau ‘cerita’. Biasanya lebih banyak berisi tentang cerita-cerita peperangan dan kepahlawanan. Karakteristik  khabar  ditekankan dengan garis sanad yang mendahului tiap-tiap khabar, dan hal itu akan dihilangkan bila menginginkan keringkasan khabar itu atau sekadar menyingkirkan munculnya penelitian pengetahuan.
Dalam khazanah historiografi, dapat disimpulkan tiga ciri  khabar. 
Pertama, dalam khabar tidak terdapat hubungan sebab akibat antara dua atau lebih peristiwa. Tiap-tiap khabar sudah melengkapi dirinya sendiri dan tidak memerlukan rujukan sokongan.
Kedua, sesuai dengan ciri khasnya yang berkisar jauh kisah sebelum Islam lagi, cerita-cerita perang dalam bentuk khabar tetap mempergunakan cerita pendek, memilih situasi dan peristiwa yang logik dan kadang-kadang berlawanan kejadian yang sebenarnya. Peristiwa selalu dikhabarkan dalam bentuk dialog antara pelaku sehingga memudahkan ahli sejarah dalam melakukan pembacaan dan analisa fakta.
Ketiga, bentuk khabar yang pelbagai, sebagai cerita pertempuran yang terus-menerus dan sebagai suatu ekspresi yang artistik, khabar juga diceritakan dalam bentuk puisi serta syair-syair. Banyak dan kurangnya syair yang tergantung dengan kemahuan dan ekspresi psikologi penulis.
Terdapat pertanyaan yang agak janggal tentang bilakah karya pertama terhasilnya  khabar  ada dalam penulisan sejarah yang dilakukan oleh orang Islam. Literatur Islam permulaan tidak menyediakan jawapan, sementara sumber-sumber bibliografi dan kutipan penulis kontemporari juga tidak membantu. Dengan demikian terjadi jurang pemisah antara literatur Arab yang asli dengan organisasi penerbit buku-buku Islam.
Bentuk khabar di dalam berbagai ragamnya terdapat pula dalam sejarah Islam, walaupun mereka membataskan kepada catatan peristiwa-peristiwa sahaja atau menulis nama-nama tanpa ada penjelasan yang terperinci. Sebagaimana bentuk-bentuk dasar lainnya, jarang sekali muncul apa yang disebut sebagai suatu bentuk yang murni. Biasanya selalu digabungkan dengan unsur-unsur lain dalam penulisan sejarah. Sehingga, sebagai misalannya, dalam menerangkan biografi Nabi Muhammad sudah dilengkapi dengan nasab (silsilah) dan informasi lain seperti daftar nama sahabat yang berjasa dan dikenang dalam perjuangannya.
Ilmuwan sejarah yang menulis dalam bentuk khabar ini diantaranya adalah: Abu Mihnaf Luth Ibn Yahya (w. 774 M) dan al-Haitsam Ibn ‘Adi (w. 821 M) yang karyanya berupa kumpulan monograf dalam bentuk khabar dan nasab. Juga terdapat nama ‘Ali Ibn Muhammad al-Madaini (w. 831 M) yang salah satu karyanya berjudul Al-Murdifat min Quraisy(Wanita Quraisy yang Poliandri).

THABAQAT

Thabaqat bererti lapisan. Perpindahan masyarakat dari satu lapisan atau kelas dalam penggantian kronologi generasi mudah dilakukan. Sebagaimana  qarn  yang mendahului arti  thabaqat, yang dalam penggunaannya bererti generasi. Ahli-ahli leksikografi mencuba menetapkan ukuran panjang yang pasti dari  thabaqat. Sebahagian mereka menentukan suatu lapisan generasi itu 20 tahun dan sebahagian mengatakan 40 tahun.  Ada juga yang berpendapat thabaqat itu 10 tahun.
Menurut penulis, thabaqat lebih mirip klasifikasi penulisan sejarah berdasarkan pada “batasan waktu” hidupnya. Dalam sepuluh tahun pertama, misalnya, terdapat tokoh-tokoh dengan kesamaan orientasi dan budaya intelektual. Maka jadilah klasifikasi sedemikian rupa yang selanjutnya ini menjadi metode tersendiri.
Dalam tradisi Islam sendiri, thabaqat merupakan sesuatu yang amat lazim. Terutama jika merujuk pada sejarah Muhammad; dalam lingkaran dan lintasan waktu perkembangan agama Islam, terdapat lapisan shahabat, tab’in, tabi’ al-tabi’in dan seterusnya. Hal ini berhubungan dengan kritik isnad dalam ‘ulum al-hadits.
Yang penting dalam karya thabaqat ini ialah untuk memperoleh suatu gambaran yang nyata tentang apa yang sebenarnya harus dicari dan diteliti. Dalam karya Abu Ishaq yang berjudul Thabaqat al-Fuqaha’ seseorang menginginkan sebanyak mungkin informasi, sehingga memungkinkan mereka untuk mendapatkan biografi tokoh dalam suatu wilayah dan lokasi.

NASAB

Nasab adalah catatan silsilah keluarga. Bagi orang Arab, menjaga jalur keturunan, terutama bagi yang mempunyai nenek moyang tokoh terhormat menyebabkan mereka harus menuliskannya. Keuntungan posisi dan status sosial ekonomi kadang membuat orang menyalahgunakan nasab ini. Nasab, kemudian menjadi bentuk dasar bagi historiografi Islam.
Selama abad kedelapan dan sembilan masehi, para ahli filsafat sejarah kuno, pada saat yang bersamaan juga merupakan ahli dalam bidang garis keturunan. Karya-karya mereka merupakan bentuk khabar yang berisi kumpulan berbagai kelompok kabilah (suku). Salah satu monograf yang berkenaan dengan garis keturunan yang mula-mula sekali adalahKitab Hadzfu min Nasab Quraisy mengenai keluarga kecil suku Quraisy tanpa nabi Muhammad yang disusun oleh Mu’arrij ibn ‘Amr al-Sadusi. Selain itu terdapat nama al-Zubair ibn Abu Bakkar (w. 870 M) yang menulis kitab berjudulNasab Quraisy, walaupun kitab ini lebih banyak membahas budi pekerti orang Quraisy daripada pohon keluarganya. Sebuah kitab dari al-Baladzuri berupa biografi tokoh berjudul Kitab al-Ansab didominasi biografi khalifah. Bentuknya adalah khabar dan historiografi dinasti.
Bentuk penulisan nasab ini ada dua. Penulis bermadzhab Syi’ah, Tajuddin ibn Muhammad dalam pengantarnya untuk kitab Ghayat al-Ikhtishar fi Akhbari al-Buyutati al-‘Alawiyah, memasukkan dua macam penyajian untuk informasi garis keturunan, yaitu bentuk pohon dan bentuk datar/lajur (mabsuth).
Sebenarnya, orang-orang Arab sejak masa lalu telah terbiasa membuat jalur keturunannya sendiri, dan ini merupakan cabang ilmu pengetahuan yang khusus dan seringkali dihubungkan dengan syair. Kebanggaan keluarga, sangat tergantung pada apa yang telah dilakukan nenek moyangnya dalam peristiwa ayyam al-A’rab (perang antara kabilah Arab) maupun peristiwa lain dan itu disusun dalam bentuk syair.