Tuesday 11 June 2013

KAMUS MUNJID (SUATU KONSPIRASI)

Wahai kawan-kawan semua ketahuilah oleh kamu semua bahawa
 “Kamus Arab al-Munjid  sebenarnya adalah agenda Kristian,Yahudi untuk mengelirukan ummat.



TAHUKAH anda, kamus Arab tersohor sedunia al-Munjid disusun oleh dua orang pendeta (rahib) Katolik? Bapak la bahayanya kalau kita tidak ambil tahu tentang perkara ini.Membabi buta dalam karya terjemahan adalah satu perkara kehinaan untuk diri sendiri secara tidak langsung menjatuhkan izzah islam dalam diri.
 Kamus ini dianggap paling lengkap dan komperensif, yang dihiasi gambar, yang dijadikan kamus utama di pelbagai kampus Islam dan pondok seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan umat Islam menggunakan kamus al-Munjid ini tanpa disedari mereka.




Penyusun kamus ini terdiri daripada dua orang pendeta Katolik bernama Fr Louis Ma’luf al-Yassu’i dan Fr Bernard Tottel al-Yassu’i. Kamus berkenaan dicetak, diterbit dan diedarkan oleh sebuah percetakan Katolik sejak tahun 1908. Bukanlah maksud syabab ingin menolak karya barat, tetapi kita perlu berhati-hati dengan musuh islam yang nyata ini yang sebenarnya membawa seribu satu racun yang diletakkan didalam penawar.

Penggunaan Kamus al-Munjid yang sudah sekian lama dan masih digunakan sampai sekarang bukanlah tanpa penentangan dan cabaran. Sebahagian ulama menganggap kamus itu adalah sebahagian daripada gerakan orientalis yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap dunia Islam. Sekurang-kurangnya ada dua kitab yang ditulis ulama Islam yang menentang terhadap isi dan kandungan yang terdapat dalam Kamus al-Munjid, iaitu:

  1.     Athrat al-Munjid fi al-adab wal ulum wa a’lam (Prof Ibrahim al-Qhattan, hlm : 664 : 1392 hijrah), ini adalah kitab paling utama dalam mengkritik Kamus al-Munjid.
  2.     An-Naz’ah an–Nasraniyah fi Qamus al-Munjid (Dr Ibrahim Awwad, 50 halaman, terbit 1411 hijrah). 



Kamus al-Munjid mempunyai beberapa kekurangan yang disengajakan iaitu:

Ketika menyebut kalimah `Al-Quran’ tidak pernah menyambungkannya dengan istilah `al-Karim’ dan sebagainya. Namun ketika menyebut kalimah kitab suci Kristian dan Yahudi, maka kamus ini menambahkan istilah `al-Muqaddas’.

Ketika menyebut atau memuatkan kalimah `Nabi Muhammad’ tidak pernah menyertakan perkataan `salallahu Allaihi Wassalam’ dan demikian juga kalimah sahabat tidak pernah ditambahkan dengan `Radiyallahu Anhu’.

            Demikian juga tidak ada kalimah `Basmallah’ yang sesungguhnya milik umat Islam, sebaliknya dalam keterangannya tertulis `Bismil ab-wal ibn wa Ruhil Quds’ yang ertinya `Dengan menyebut tuhan bapa,tuhan anak, dan ruh kudus’. Setelah itu baru disebut kalimah Bismillahirahmannirahim’. ini juga tidak membahas akidah Islam, namun banyak membahas hal bersifat penyelewengan akidah. Nama tokoh Islam yang utama seperti sahabat, tabiin dan para ulama terkemuka juga tidak dimuatkan, sebaliknya nama tokoh barat Kristian banyak dimuatkan.

            Kamus ini tidak pernah merujuk pada sumber Islam yang sebenar, tetapi sebaliknya merujuk pada sumber Barat dan ini sangat jelas kelihatan dalam menyebut kalimah `ibadat’ dan sebutan nama nabi dan rasul yang menggunakan istilah Kristian . Banyak terdapat kesalahan penulisan nama tokoh dan kaitannya dengan sejarah, demikian juga mengatakan bahawa daging babi itu sangat lazat.





            Dimasukkannya gambar dan aneka lukisan yang berasal dari Barat, yang sama sekali tidak berdasarkan kebenaran, seperti gambar nabi Isa dan nabi lainnya. Bahkan, ada sebuah gambar sepasang manusia dewasa yang telanjang sedang menangis, gambar itu dikatakan sebagai gambar Adam dan Hawa. Nauzubillah, lihat betapa jauh penyelewengan yang dibawa. Inilah bahaya jika jatuh ke tangan orang yang baru berjinak dalam agama islam. Lihat sahaja tulisan arab “al-Munjid” terus menjadikan bahan yang muktabar untuk mengetahui istilah-istilah islam.

            Tambahan lagi, Nabi Nuh, Lut dan Sulaiman dikatakan bukan sebagai nabi, tetapi Lukman disebut sebagai nabi juga. Nuh dikatakan hanya sebagai `keluarga Ibrahim’ dan Sulaiman dikatakan sebagai `Raja’ bukan nabi. Nabi Daud disebut sebagai pembunuh banyak lelaki untuk memperisterikan jandanya, baginda dikatakan mempunyai isteri sebanyak 100 orang.

            Masih ada banyak catatan mengenai penyelewengan kamus keluaran orientalis ini, yang sampai sekarang diguna pakai di lembaga pendidikan Islam, universiti, pondok, madrasah dan lain-lainnya. Sudah tiba waktunya, umat Islam menyedari hakikat ini dan berhenti menggunakan kamus al-Munjid ini, kerana ia adalah sebagai propaganda Kristian dan Yahudi untuk mengelirukan dan menjahanamkan umat Islam sejagat.

Kepada majlis ulama Islam sedunia, sudah sewajarnya mengambil tindakan dan melarang peredaran kamus ini ke seluruh dunia Islam. Khususnya student UKM,Bangi, jangan lah menggunakan kamus ini walaupun komprehensif.


5 comments:

  1. Terima ksh atas prkongsian saudara. rupanya ada jgk kamus ciptaan mereka. perlu lebih brhati-hati lpas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas ini dan seterusnya bukan sekadar kamus malah semua aspek kehidupa, lifestyle, budaya, instrumen DLL,..

      Delete
  2. Assalamualaikum
    kdg kala kita lalai dlm mnggunakan ssebuah kmus
    tmbh2 seorang penterjemah
    apa yg syabab kemukakan itu,
    boleh dlihat melalui isi kndungan yg trdpt dlm kmus itu sndiri
    jadi adkah syabab mengetahui sekiranya terdapat tnda2 bg kmus yg x blh diguna pakai secara zahirnya?
    cnthnye pd cover kmus itu sndiri@penulis n sebagainya???
    jazakallah khoir jaza' ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan syabab mengetahuilah tentang kefasadan kamus inilah, kami paparkan di laman ini, inilah sekadar yang diketahui, adapun untuk melihat secara zahir adalh m,ustahil kecuali setelah disahkan pemboikotan sesuatu kamus tersebut, jadi setiap pembuktian itu mestilah melalui penelitian secara mendalam bukan sekadar zahiriah. Tambahan lagi, tugas membuat atau menerbitkan kamus bukanlah suatu perkara yang mudah, bahkan golongan yang berjaya menerbitkannya didakwa bukan sembarangan individu.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete