Thursday 13 June 2013

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS


Menterjemah kata nama khas tidak boleh dipandang mudah kerana :
  1. mempunyai makna tersendiri.
  2. mengandungi sesuatu maklumat yang tersirat.
  3. merujuk kepada fungsi dan makna tertentu dan perlu difahami berdasarkan budayanya.
Contohnya Pak Pandir dalam budaya Melayu dan Hatim al-Tai' dalam budaya Arab.


Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan. Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan cuma dipindahkan kepada bahasa sasaran.

Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد  (Muhammad), فاطمة  (Fatimah) dan زينب  (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:
  • Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
  • Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu. 


1 comment:

  1. Hatim al-Tai'?
    ape mksd nye?
    mngisahkan psl ape?
    syabab prnah bace ker?
    ^_^ ^_^

    ReplyDelete