Friday, 31 May 2013

PENGUASAAN VARIASI BAHASA ,PENENTU GLOBAL THINKING

"Satu perkara yang penting dalam penterjemahan adalah penguasaan bahasa dengan mendalam(seolah-seolah bahasa tersebut seperti sudah bahasa kita sendiri)" ...


Jadi, perbezaan orang yang belajar dua bahasa dengan orang yang mempunyai dua bahasa adalah dari sudut kefahaman,..


Justeru saya berpendapat ,penterjemah yang tepat atau sempurna bahan terjemahannya adalah orang yang benar2 faham bahasa B.Sasaran dan B.Sumber,...


Seperti seorang ibu yang menterjemah perilaku bayinya yang menangis atau perihal keadaan anak-anak,..


Namun sedarlah kawan-kawan, pendapat ini salah kerana seorang penterjemah tidak akan menjadi penterjemah yang baik dengan hanya mengetahui dua bahasa. Dalilnya rujuk Slide 2(Maheram Ahmad 2013:Slide 2).  


Pendapat Yang Salah
Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik. 


Sunday, 24 March 2013

Proses Penterjemahan

Assalamua'lakum wahai sahabat....kita bersua kembali bagi meneruskan pengisian dalam blog kami ini.
Kali ini,kami akan menerangkan proses-proses penterjemahan.



Pertama,kita perlulah menganalisis teks. Proses ini hanya berlaku dalam fikiran penterjemah. Proses ini melibatkan pencarian makna sama ada kotak memori ataupun menggunakan kamus. Makna yang dicari  dalam kotak memori untukmakna-makna perkataan yang kita hafal dan ingat.



Manakala kamus hanya digunakan bagi mencari makna-makna  perkataan yang baru dijumpai. Pencarian makna ini melibatkan perkataan,ayat dan seluruh wacana yang terdapat dalam teks.

Kedua,proses pemindahan makna perkataan. Proses ini merupakan proses paling penting dalam penterjemahan yang mana proses ini perlu mencari padanan terjemah yang sesuai/sejadi/sepadan dengan teks yang diberikan. Proses pemindahan ini dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran dan ada kalanya berlakunya sedikit pemincangan makna dan konotasi.

Proses yang ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur ayat. Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa dalam menstruktur ayat terjemahan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Struktur ayat yang hendak digunakan semestinya mudah dan ringkas termasuklah penggunaan tanda baca yang betul dan baik.

Proses yang seterusnya ialah proses memeriksa makna yang mana proses ini merupakan satu tugas yang sukar dan boleh dilakukan sendiri. Menurut Bathgate, penterjemah hendaklah bersemuka dengan pakar bidan g yang tertentu. Proses memeriksa ini hendak membaca teks dengan suara yang lantang secara bersemuka dengan orang yang lain. Proses ini bagi memeriksa ketepatan makna yang hendak disampaikan.

Kelima, proses menyemak ayat yang diterjemah. Pada peringkat ini,tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan. Teks terjemahan dianggap sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri. Untuk itu, proses memeriksa ini salah satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.

Proses yang terakhir dalam penterjemahan ialah penyuntingan. Proses penyuntingan ini bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya tetapi ia proses yang penting. Mengapa teks perlu disunting ? Ini kerana dalam penyuntingan kita boleh membuang bahan yang tidak diperlukan dan mewujudkan gaya yang seragam jika teks itu diterjemahkan oleh orang ramai. Sekian.

~Azamuddin~Naim Syafiq~Fitri~Aiman~























Thursday, 14 March 2013

Peribahasa Arab






"Yang Dikejar Tak Dapat,
                                           Yang Dikendong Berciciran"

Sunday, 10 March 2013

Terjemahan ???


Assalamua'laikum !

Kami ditugaskan membina blog bagi pembelajaran bagi kursus PPPJ1213 Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.Disini kami akan menceritakan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan terjemahan. 

Citra Penterjemah

"Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah"




'Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik.'

Penyataan di atas merupakan pendapat yang salah.Hal ini kerana terdapat teori-teori yang perlu dipatuhi sebelum bergelar sebagai penterjemah. Teori terjemahan ini telah dikemukakan oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada 1540.Antara prinsip-prinsip yang diperlukan ialah : 
  1. Penterjemah itu hendaklah benar-benar memahami isi dan tujuan penulis teks asal
  2.  Penterjemah itu hendaklah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu.
  3. Penterjemah itu tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan kerana perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak lagi indah lagi apabila dibaca sedangkan teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah difahami.
  4. Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya.
  5. Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan dan teks asal.
Apa yang dapat disimpulkan di sini,bukan mudah untuk menjadi penterjemah sekiranya prinsip-prinsip ini tidak diamalkan. Selamat Menterjemah !  :)

Sumber : http://books.google.com.my/books?id=UFmzycs3-mMC&pg=PA68&dq=terjemahan&hl=en&sa=X&ei=8aM8UaeFKYzLrQfZ8IH4Bg&ved=0CD0Q6AEwAg



~Azamuddin~Naim Syafiq~Fitri~Aiman~