KUDA JATUH JUGA
ل(li):bagi كل(kulli):setiap جواد(jawad):kuda pantas كبوة (kabwah) : gelincir kaki /jatuh PENERANGAN Perkataan جواد bermaksud kuda tangkas. Kuda biasanua disebut حصان (hison) atau فرس (faras) sahaja. Setangkas manapun kuda, pasti ada masanya ia terjatuh juga. Begitulah juga manusia. Sehebat mana pun dia, pasti pasri dia tertewas juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
SEBELUM MENGHUKUM
العتاب (al-'itab) : mencela قبل (qabla) : sebelum العقاب (al-'iqab) : hukum PENERANGAN Bila kesalahan dilakukan oleh seorang terhadap anda, marahilah dia kerana kesalahannya itu. Jangan cepat menghukumnya. Hukuman adalah jalan terakhir. Perkataan العتاب (al-'tab) bermakna memarahi orang melakukan kesalahan dengan nada nasihat dan bukan menengkingdan mengherdik. Contoh العتاب (al-'itab) ialah : "Kenapa awak buat macam ini? Tidak patut awak buatkan saya macam ini..".
GEMUKKAN ANJING
أسمن (asmin) : gemukkan كلبك (kalbaka) : anjing anda يأكلك (ya'kul-ka) : ia makan anda PENERANGAN Perbuatan baik sepatutnya dibalas baik. Bila anda buat baik kepada seseorang, sepatut dia membalas anda dengan perbuatan baik juga. Tetapi, sekiranya pertologan itu dibalas kejahatan, seumpama anda memberi menggemukkan anjing yang akhirnya menggigit tangan anda.
JUAL JIRAN
بعت (bi'-tu) : aku jual جاري (jarii) : jiranku لا (la) : bukan داري (darii) : rumahku PENERANGAN Anda sayangkan rumah yang anda miliki. Tetapi oleh kerana jiran sebelah anda yang selalu menimbulkan masalah dengan anda, anda mengambil keputusan menjual rumah itu. Bila orang bertanya kenapa anda jual rumah itu. Maka jawablah : بعت جاري لا داري "Aku jual jiran aku bukan rumah aku".
SEPERTI BURUNG UNTA
مثل (mithlu) : seperti النعامة (an-na'amah) : burung unta لا (la) : tidak طير (tairun) :burung و (wa) : dan لا (la) : tidak جمل (jamal) : unta PENERANGAN Peribahasa ini berkenaan orang munafik yang suka bermuka-muka. Mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Jadi mereka amat sukar dikenali dengan pasti. Orang seperti ini diibaratkan seperti burung unta atau ostrich yang mempunyai bentuk burung tetapi tidak boleh terbang dan dalam masa yang sama boleh ditunggang macam unta pula.
PEROSAK PENDAPAT
آفة (afat) : perosak الرأي (ar-ra'y) : pendapat / pandangan الهوى (al-hawa) : kehendak diri PENERANGAN Bila kita diminta memberi pendapat dalam sesuatu perkara atau isu, kebenaran dan logik adalah asas penting bagi pendapat itu. Kalau pendapat itu hanya mempunyai kepentingan peribadi atau kehendak sendiri, maka pendapat itu dikira rosak dan tidak boleh diguna pakai. Contohnya; kawan meminta pendapat anda untuk membeli sebuah rumah. Anda mengesorkanya supaya jangan membeli rumah tersebut. Sebenarnya anda mempunyai kepentingan tertentu. Contohnya rumah itu lebih besar daripada rumah anda atau sebagainya.
SEUMPAMA API
معظم (mu'zom) : kebanyakkan النار (an-nar) : api من (min) : daripada مستصغر (mustashghar) : dianggap kecil الشرر (ash-sharar) : percikan PENERANGAN Kadang-kadang gurauan biasa boleh membawa kepada perang besar. Benda yang kecil boleh menjadi punca kepada benda yang besar. Ibarat api yang besar atau kebakaran adalah bermula daripada api atau percikan yang dianggap kecil pada mulanya.
TANAM DURI
إنك (innaka) : sesungguhnya anda لا (la) : tidak تجني (tajni) : memetik من (min) : daripada الشوك (asy-syauk) : duri itu العنب (al-inab) : buah anggur PENERANGAN Menanam duri bermakna membuat perkara yang menyakitkan orang lain. Kalau 'duri' itu yang kita tanam untuk orang, janganlah diharap kita akan dapat 'buah anggur' sebagai hasilnya. Yang kita dapat adalah 'duri' juga.
SARANG LABAH-LABAH
أوهن (awhan) : lebih lemah من (min) : dari بيت (bait) : sarang العنكبوت (al-ankabut) : labah-labah PENERANGAN
Walaupun ada pengkaji barat
menyatakan bahawa sarang labah-labah kalau dikumpulkan, dimampat dan
dijadikan baju, baju tersebut sangat kuat dan tidak ditembusi peluru. Itu
jika dimampat dan dikumpul. Sarang labah dalam bentuk fizikal asal, yang
tergantung pada pokok atau atap rumah sememangnya lemah. Jadi, peribahasa ini
memberi maksud, berharap kepada sesuatu atau orang yang lemah umpama
bergantung kepada rumah labah-labah. Bila-bila masa sahaja ia boleh terkoyak
dan dikoyakkan orang. Ini disebut dalam al Quran Surah Al Ankabut ayat 41.
SI PENAKUT
إن : sesungguhnya الجبان (al-jaban) : penakut حتفه (hatfu-hu) : kematiannya من (min) : dari فوقه (fauqihi) : atasnya PENERANGAN Bila berlaku perang, orang yang penakut akan enggan keluar kerana takutkanmati. Hakikatnya, kematian sememangnya menunggu di atas kepala setiap dari kita. Tiba masanya, ia akan jatuh dan menghempap kepala kita. Orang penakut sentiasa nampak maut itu di atas kepalanya meyebabkannya teragak-agak keluar berperang. Berlainan dengan orang berani yang tidak perasan maut itu di atas kepalanya, menjadikannya terus kehadapan tanpa menyehdahkan bahaya. |
"Teori-teori Dan Cara-Cara Untuk Menterjemah Teks Arab Kepada Teks Melayu :)"
Sunday, 23 June 2013
SAMBUNGAN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment