HARTA YANG TIDAK BINASA
القناعة (al-qana'ah) : perasaan cukup كنز (kanz) : harta لا (la) : tidak يفنى (yafna) : binasa PENERANGAN Manusia biasanya tidak pernah rasa cukup dengan harta yang dikumpulnya. Walau bertimbun sekalipun, perasaan tidak cukup tetap membelenggu perasaannya. Jadi, rasa redha dan bersyukur dengan apa sudah ada serta tidak terlalu tamak mengejar harta sehingga menggadai harga diri dan agama adalah dikira 'harta' juga. Harta jenis ini tidak kehabisan dan rosak, berbanding dengan harta wang ringgit yang menjadi rebutan dan mudah dirompak dan dicuri.
RELA MATI
المنية (al-maniyyah) : kematian لا (la) : tidak الدنية (ad-daniyyah) : kehinaan PENERANGAN Dalam peperangan, askar-askar yang bermaruah lazimnya tidak mudah menyerah kalah. Mereka akan berjuang sehingga titisan darah terakhir walaupun mereka tahu mereka pasti kalah. Kerana menyerah kalah adalah kehinaan. Jadi mereka lebih rela menghadapi kematian tetapi tidak sanggup mengalami kehinaan. Orang Melayu kata, "biar berputih tulang, jangan berputih mata".
SABAR ADALAH KUNCINYA
الصبر (ash-shobru) : sabar مفتاح (miftah) : anak kunci الفرج (al-faraj) : pelepasan PENERANGAN الفرج (al-faraj) bermakna "terlepas daripada kepayahan". Mungkin anda terkeliru dengan perkataan 'faraj' yang ada dalam bahasa Melayu. Yang itu dalam bahasa Arab disebut الفرْج (al-farj). Jadi, bila menghadapi kesempitan dan kesukaran, sabar adalah kunci untuk mencari pintu keluar daripadanya.
ANAK SINGA
هذا (haza) : ini الشبل (asy-syiblu) : anak singa من (min) : daripada ذاك (zaka) : itu الأسد (al-asad) : singa PENERANGAN Singa adalah penguasa rimba yang hebat dan digeruni. Dan biasanya si anak singa juga akan mewarisi kehebatan bapanya. Peribahasa ini merujuk kepada kehebatan si anak yang diperturunkan oleh bapanya.
ANAK BAPAK
من (man) : siapa أشبه (ashbaha) : menyerupai أباه (aba-hu) : bapanya فما (fa-ma) : maka tidak ظلم (zolam) : dia zalim PENERANGAN Kalau anda menemui seorang budak suka memukul orang, dan anda tahu bapanya juga kaki pukul, jadi budak itu tidak zalim. Yang zalimnya adalah bapanya yang mewariskan perangai itu kepada anaknya. Orang Melayu kata, "anak borek, bapa rentik". Orang Arab kata, "anak berperangai bapanya tidak zalim, yang zalim ialah bapanya" !
MUTIARA ITU MUTIARA JUGA
الدر (ad-durr) : mutiara itu در (durr) : mutiara رغم (raghma) : sekalipun من (man) : siapa جهله (jahilahu) : tidak mengetahuinya PENERANGAN Permata amatlah berharga. Kadang-kadang permata tidak nampak kelihatan kerana diselaputi habuk atau sebagainya. Tapi, permata tetap permata walaupun orang tidak mengenalinya. Itulah ibarat orang yang berilmu atau berbakat sekalipun orang tidak mengendahkannya. Martabatnya tetap tinggi sekalipun tidak dipandang orang.
HIDUNG SENDIRI
أنفك (anfuka) : hidung anda منك (minka) : daripada anda ولو (wa law) : walau كان (kana) : ia adalah أجدع (ajda') : terpotong sebelah PENERANGAN Bentuk hidung biasanya melambangkan keturunan seseorang. Pepatah ini mempunyai makna yang cukup dalam. Seseorang itu mesti mengakui dan bangga dengan keturunan dan asal usulnya dan jangan lupa diri. Sekalipun keturunannya tidak memiliki apa-apa kebanggaan pun.
BERSANGKA BAIK
لعل (la'alla) : mungkin له (lahu) : dia ada عذراً (uzran) : keuzuran / alasan و (wa) : sedang أنت (anta) : awak تلوم (talumu) : mencelanya PENERANGAN Unggapan ini kerap diucapkan oleh orang Arab bagi memaafkan perbuatan seseorang. Ia adalah ungkapan yang berbentuk sangkaan baik. Contohnya, sahabat anda tidak melakukan sesuatu yang dia janji membuatnya. Untuk menyenangkan hati dan tidak menimbulkan perbalahan, anggaplah dia mungkin keuzuran seperti sakit atau sebagainya.
SAHABAT SEJATI
الصديق (ash-shodiq) : sahabat وقت (waqta) : masa الضيق (adh-dhiq) : kesempitan PENERANGAN Waktu seseorang kesukaran, sahabat yang sejati akan memunculkan dirinya bagi membantu sahabatnya. Sahabat yang gagal memberi bantuan ketika itu tidak dianggap sahabat sejati.
KAWAN SEBELUM JALAN
الرفيق (ar-rafiq) : rakan قبل (qabla) : sebelum الطر يق (at-tariq) : jalan PENERANGAN Rakan adalah teman yang menemani seseorang dalam perjalanan, samada perjalanan biasa atau perjalanan hidup. Memilih kawan adalah asas utama. Kerana silap memilih kawan boleh mengganggu 'perjalanan' tersebut. Jadi, pilih kawan dahulu sebelum memulakan perjalanan. |
"Teori-teori Dan Cara-Cara Untuk Menterjemah Teks Arab Kepada Teks Melayu :)"
Sunday, 23 June 2013
SAMBUNGAN 2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment