Memandangkan subjek pembelajaran kita tertumpu kepada terjemahan Arab-Melayu-Arab, adalah elok jika dikenali budaya Arab itu sendiri.. Antara caranya adalah melalui peribahasa. Ini kerana kita semua maklum bahawa BAHASA itu merupakan JIWA BANGSA..
BERMUSAFIR ITU AZAB
السفر(as-safar):pengembaraan قطعة(qit'ah):sepotong من(min):daripada العذاب(al-azab):penyeksaan PENERANGAN Banyak dugaan ketiga belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.
JADI BUAH MULUT
سارت(sarat):berjalan به(bi-hi):dengannya الركبان(ar-rukban):parapenunggang PENERANGAN Biasanya, para musafir arab yang berjalan di padang pasir, akan berbual sesama mereka sambil merentasi perjalan yang jauh. Ini bagi menghilangkan bosan dan menghilangkan penat. Jika sesuatu perkara itu sering menjadi bahan bualan mereka, bermakna perkara tersebut akan tersebar dan terkenal. Kerana mereka juga akan membawa perkara itu ke tempat jauh yang mereka tuju. Jadi perkara yang menjadi 'buah mulut' seperti ini akan sebut: سارت به الركبان
PERCAKAPAN BERKAIT-KAITAN
الحديث(al-hadith):perbualan ذو(zu):mempunyai شجون(syujun):perkaitan PENERANGAN Bila orang bertanya kita pasal satu-satu perkara, dan perkara itu terlalu banyak benda berkaitan yang perlu diterangkan, maka kita "panjang ceritanya". dalam bahasa Arab mereka kata الحديث ذو شجون. Bermakna, percakapan berkenaan berkait-kait dan menjadi panjang lebar.
GALAKAN BERSEDERHANA
خير(khairu):sebaik-baik الأمور(al-umur):perkara/urusan أوساطها(awsatuha):yang pertengahannya PENERANGAN Terlalu membazir dan berboros adalah perbuatan yang tidak disukai. Terlalu kedekut pun tidak baik juga. Yang sebaik-baknya ialah yang pertengahan. Iaitu tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkira dan kedekut. Itu yang sebaik-baiknya.
UJIAN YANG MENENTUKAN
عند(inda):ketika الامتحان(al-imtihan):ujian يكرم(yukramu):dimuliakan المرء(al-mar'u):seseorang أو(aw):atau يهان(yuhan):dihina PENERANGAN Manusia sentiasa diuji. Ujian adalah bagi mengetahui keupayaan seseorang. Allah menguji hamba-Nya bagi melihat tahap keimanan dan ketaqwaan. Murid diuji guru bagi melihat setakat mana dia memahami apa yang diajar. Keputusan ujian menentukan samada dia disanjung kerana keupayaannya atau dihina kerana kegagalannya. Keindahan peribahasa ini ialah kesamaan bunyi akhir perkataan الامتحان (al-imtihan) dan يهان (yuhan).
MASA ITU EMAS
الوقت(al-waqt):masa من(min):daripada ذهب(zahab):emas PENERANGAN Emas. Logam yang nilainya amat tinggi. Orang yang tahu nilai emas tidak akan membuangnya dengan sia-sia. Antara tanda keadilan Tuhan ialah Dia memberikan "emas" ini secara semata rata kepada manusia, tanpa mengira miskin atau kaya. Kedua-dua diberikan 24 jam satu hari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Tapi si kaya menghargai "emas" sehingga dia menjadi kaya. Si alim dan si jahil juga diberikan "emas" yang sama. Tapi si alim menggunakan emas ini untuk menuntut ilmu dan membaca lalu dia berjaya menukarkan emas itu dengan ilmu.
INDAH KHABAR DARI RUPA
تسمع (tasma') : awak dengar ب (bi) : dengan / pasal المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy خير (khairun) : lebih baik من (min) : daripada أن (an) : bahawa تراه (tara-hu): awak melihatnya PENERANGAN Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.
TIADA KENA-MENGENA
لا(la):tiada ناقة(naqata):unta betina ولا(wa-la):dan tiada جمل(jamal):unta jantan PENERANGAN Unta bagi orang Arab adalah harta yang berfaedah. Di samping menjadi kenderaan padang pasir, ia juga boleh dimakan dagingnya dan dimunim susuya. Jadi, jika satu-satu urusan atau perkara itu tidak berkenaan dan tiada kepentingan bagi mereka, mereka kata لا ناقة لي فيها وجمل "tiada unta betina bagiku dalam perkara itu dan tidak juga unta jantan".
TIDAK BERKELAHI
لا(la):tidak ينتطح (yantatih):bertanduk فيها (fi-ha):padanya عنزان(anzan):dua ekor kambing PENERANGAN Sesuatu yang dipertikaikan oleh dua pihak akan membawa kepada pergaduhan. Kalau sesuatu itu dipersetujui ramai dan tiada pihak yang membantah, maka orang Arab kata لا ينتطح فيه العنزان.
BESI DENGAN BESI
إن(inna):sesungguhnya الحديد(al-hadid):besi ب(bi):dengan الحديد(al-hadid):besi يفلح(yuflah):dipecahkan PENERANGAN Hanya besi yang dapat menundukkan besi. Besi dengan kayu tidak menjadi. Orang Melayu kata, "buku bertemu ruasnya". Perkataan يفلح (yuflah) bermasuk dipecahkan. Sebab itulah 'petani' dalam bahasa Arab disebut فلاح (fallah) kerana dia memecahkah tanah untuk tanaman. |
No comments:
Post a Comment