Penanda
Wacana
|
|
Oleh
kerana itu / Oleh yang demikian
|
مِنْ أَجْلِ ذَلِك
|
Walaupun
demikian
|
مَهْمَا كَان
|
Dari
aspek lain
|
وَمِنْ نَاحِيَةٍ أُخْرَى
|
Perlu
dinyatakan bahawa
|
مِنَ الْجَدِيْرِ بِالذِّكْرِ أَن
|
Semestinya
/ Perlunya
|
لا بُدَّ مِن
|
Oleh
itu
|
وَمِنْ ثَم
|
Selain
itu
|
وَبِجَانِبِ ذَلِك
|
Walaupun
|
بِالرَّغْمِ مِن
|
Sebagai
contoh
|
وَعَلَى سَبِيْلِ الْمِثَال
|
Sebagai
tambahan
|
بِالإِضَافَةِ إِلَى ذَلِك
|
Tidak
syak lagi
|
مِمَّا لا شَكَّ فِيه
|
Sebagai
iktibar / Melihat kepada
|
نَظَرًا إِلَى
|
"Teori-teori Dan Cara-Cara Untuk Menterjemah Teks Arab Kepada Teks Melayu :)"
Saturday, 15 June 2013
Penanda Wacana Untuk Para Penterjemah
Doa Harian dan Pengertian Doa
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan
harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita
selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah
berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah
Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada
Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan
hina dina!
Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah.
Sebagaimana firman Allah:
Dan jangan kamu
berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan
mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain
Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah
Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah
Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang
bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti
Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang
bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti
Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang
bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman
Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)
(Surah Yunus ayat 10)
Subscribe to:
Posts (Atom)