Satu lagi perkara penting dalam bidang penterjemahan adalah penguasaan dalam sesuatu bidang ilmu yang hendak diterjemahkan. Memahami sesuatu bahasa atau beberapa bahasa tidak bebas untuk menterjemah segala bidang ilmu ,namun ia memerlukan kefahaman yang meluas dalam skop bidang ilmu yang hendak diterjemah.
Kini, syabab bawakan satu contoh instrumen penting dalam kefahaman selok belok kaedah pemahaman bidang sejarah dengan cara yang betul iaitu penggunaan dasar atau "fundemental" yang betul dalam kajian sejarah. Tanpa penggunaan dasar yang betul ,maka sejarah tersebut akan bebas dari sudut pengambilan rujukan yang tidak terbatas atau penggunaan sumber bebas yang akhirnya membawa kepada penyelewengan.
SEJARAH ditulis
untuk mengingat masa lalu, mengambil peringatan dan ibrah yang dapat
disingkap melalui pembacaan komprehensif. Dalam lintasan waktu, Islam
sebagai sebuah entiti agama dalam komuniti insani telah
meninggalkan warisan panjang berupa historiografi(pensejarahan).
Islam
sangat menghargai sejarah, bahkan ayat-ayat al-Quran yang merupakan kitab suci
dan komponen dasar bagi doktrin agama, keseluruhan mengandungi kisah-kisah
masa lalu, baik tentang para nabi, umat-umat beriman, kaum yang ingkar, mahupun penentang
agama seperti Fir’aun, Hamman dan Jaluth.
Wacana
keilmuan sejarah ini kemudian berkembang pesat pasca kenabian dan teryebarnya
Islam ke negeri ‘Ajam (non-Arab). Ditambah lagi ketika Islam
bersentuhan dengan budaya intelektual dari warisan Yunani, Byzantium dan
Persia.
Saat
Islam lahir dan berkembang, terdapat empat peradaban saat itu, iaitu
Byzantium(Rom) di Eropa Timur dengan agama Cristio-Hellenistic, Persia di
lembah Mesopotamia yang menganut Zoroaster (Majusi), India di Asia Tengah
dengan Hiduisme-nya dan negeri Tiongkok di Asia Timur dengan filsafat
Confusius. Dalam historiografi,
Islam mendapatkan sumber daripada budaya Arab berupa al-Anshab danal-Ayyam.
Dua bentuk utama ini merupakan instrumen pewarisan turun-temurun
cerita tentang kepahlawanan seseorang, kemenangan di medan perang serta tuturan
dan sedikit catatan tentang silsilah keluarga.
Secara
umum, terdapat masalah yang dihadapi oleh historiografi masa awal Islam dan
hingga kini belum selesai. Antara legenda-legenda dan tradisi-tradisi
popular Arab masa pra-Islam dengan sejarah yang relatif ilmiah dan eksak yang
muncul pada abad kedua hijriyah, masih terbentang satu jurang yang belum dapat
dijelaskan.
Kemungkinan
sebab terjadinya hal ini, ada dua pendapat.
1. Pertama,
para penulis pada masa itu mengikuti pola pemikiran penulisan Buku
Raja-raja, yang ditulis oleh orang Persia.
2. Kedua,
kemungkinan hal ini muncul dari gabungan beberapa arus bilangan sejarah
dan kuota sejarah.
Oleh itu,
perlu dikaji lebih lanjut tentang bentuk dasar historiografi Islam untuk
dapat memahami konsepsi keilmuan sejarah dalam khazanah intelektual Islam.
Sekaligus untuk menyabung jurang catatan sejarah yang selama ini
terbentang lebar.
Tulisan
ini akan memberikan penjelasan lebih rinci tentang:
1. Bentuk-bentuk dasar
historiografi Islam: isnad, maghazi, tarajum, khabar,
hawliyyah(annalistik), catatan dinasti, thabaqat dan nasab.
2. Karakteristik,
tokoh penulis dan manuskrip yang ditulis pada masa itu.
3. Pengaruh
historiografi Yunani, Persia dan Byzantium terhadap historiografi Islam.
Bentuk-bentuk
Dasar
Bentuk
dasar berperanan sebagai watak awal penulisan sejarah
dalam tradisi Islam. Bentuk-bentuk ini merupakan kerangka penulisan sejarah
yang berisi kisah-kisah, syair-syair dan bait puisi. Pendapat umum para
peneliti historiografi tentang beberapa genre awal penulisan sejarah
dalam kalangan Islam dan Arab, adalah meliputi isnad, maghazi,
tarajum, khabar, hawliyyah(annalistik), catatan dinasti, thabaqat dan nasab.
SANAD
Bahasa
: Sesuatu yang dijadikan sandaran.
Istilah
: Sanad adalah mata rantai persambungan periwayat yang bersambung bagi matan
hadith.
ISNAD
1. Menisbatkan
suatu hadith terhadap yang berbicara dengan cara bersanad.
2. Memiliki
pengertian yang sama dengan sanad, iaitu rantai persambungan periwayat yang
bersambung bagi matan hadith.
MUSNAD
1. Semua
kitab yang dikumpulkan di dalamnya segala yang diriwayatkan oleh para sahabat.
2. Hadith
yang disandarkan kepda Nabi yang bersambung sanadnya.
3. Musnad
adalah sanad.
AL-MAGHAZI
Sejarah
peperangan yang disertai oleh Baginda S.A.W. (masa/tempat) Suatu sejarah yang
diperoleh melalui sumber hadith dan bukannya suatu cabang ilmu baharu.
TARAJUM
Biografi. Entri
menunjukkan biografi pengarang, tajuk, penerbit, tempat penerbitan, dan tarikh
penerbitan buku.
e.g
: Nama akhir pengarang/nama pertama. Tajuk Book.publisher itu. daerah / negeri
penerbitan:
bandar / bandar penerbitan, tahun hak cipta (tarikh
penerbitan).
HAWLIYYAH
Al-Thabari
bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid al-Thabari al-‘Amuli,
adalah seorang penulis sejarah yang terkemuka.
Sebelum al-Thabari
juga telah berkembang penulisan dalam bentuk analitik, misalnya:
- Sejarah Khalifah Ibn Hayyat yang ditulis sampai tahun 847 M sebagai bentuk analitik yang memulai uraiannya mengenai arti tarikh dan uraian singkat mengenai sirah nabawiyah,
- Kitab sejarah dari Ya’qub ibn Sufyan (wafat 891 M) yang ditulis berdasar urutan tahun dengan beberapa kutipan.
- Sejarah dari Ibn Abi Haitsamah (wafat 893 M).
Mu’in
Umar menjelaskan, secara teori penulis-penulis muslim lebih dahulu berkenalan
dengan penggunaan data sejarah dan sejak diperkenalkan tahun Hijriyah, mereka
sampai pada kesimpulan bahwa bentuk analitik merupakan cara yang sangat
menyenangkan dalam pendedahan sejarah. Kerana lebih praktikal dan
isi penulisan yang lebih padat dan mungkin itu yang dijadikan alasan.
Contoh
bentuk analitik ini, di antaranya ditunjukkan oleh Ibn Hajar yang
berjudul al-Durar al-Kaminah fi A’yan al-Miati al-Saminah yang
menyajikan biografi tokoh-tokoh terkemuka, termasuk guru-gurunya yang disusun
menurut hijaiyah.
Penulisan
bentuk analitik, awalnya menggunakan klasifikasi tahun, sementara
penyebutan bulan sangat sedikit. Terjadi pengecilan scope lintasan
waktu, pada abad 14 dan 15 pasca Kristus, pengecilan itu mencapai hitungan
bulan dan hari. Sedangkan kristalisasi historiografi seratustahunan (seabad)
berlaku sampai akhir abad ke-13 masehi. Untuk pertama kali, perkataan “qarn”
(abad) muncul dalam judul yang berhubungan dengan abad itu, misalnya karya Ibn
al-Fuwaithi dan Lisanuddin ibn al-Khatib.
KHABAR
Khabar biasa
diartikan sebagai ‘laporan’, ‘kejadian’ atau ‘cerita’. Biasanya lebih
banyak berisi tentang cerita-cerita peperangan dan kepahlawanan. Karakteristik khabar ditekankan
dengan garis sanad yang mendahului tiap-tiap khabar, dan hal itu
akan dihilangkan bila menginginkan keringkasan khabar itu atau sekadar
menyingkirkan munculnya penelitian pengetahuan.
Dalam
khazanah historiografi, dapat disimpulkan tiga ciri khabar.
Pertama,
dalam khabar tidak terdapat hubungan sebab akibat antara dua atau
lebih peristiwa. Tiap-tiap khabar sudah melengkapi dirinya sendiri
dan tidak memerlukan rujukan sokongan.
Kedua,
sesuai dengan ciri khasnya yang berkisar jauh kisah sebelum
Islam lagi, cerita-cerita perang dalam bentuk khabar tetap
mempergunakan cerita pendek, memilih situasi dan peristiwa yang logik dan
kadang-kadang berlawanan kejadian yang sebenarnya. Peristiwa selalu
dikhabarkan dalam bentuk dialog antara pelaku sehingga memudahkan
ahli sejarah dalam melakukan pembacaan dan analisa fakta.
Ketiga,
bentuk khabar yang pelbagai, sebagai cerita pertempuran yang
terus-menerus dan sebagai suatu ekspresi yang artistik, khabar juga
diceritakan dalam bentuk puisi serta syair-syair. Banyak dan kurangnya
syair yang tergantung dengan kemahuan dan ekspresi
psikologi penulis.
Terdapat
pertanyaan yang agak janggal tentang bilakah karya pertama terhasilnya khabar ada
dalam penulisan sejarah yang dilakukan oleh orang Islam. Literatur Islam
permulaan tidak menyediakan jawapan, sementara sumber-sumber bibliografi dan
kutipan penulis kontemporari juga tidak membantu. Dengan demikian
terjadi jurang pemisah antara literatur Arab yang asli dengan organisasi
penerbit buku-buku Islam.
Bentuk khabar di
dalam berbagai ragamnya terdapat pula dalam sejarah Islam, walaupun mereka
membataskan kepada catatan peristiwa-peristiwa sahaja atau menulis
nama-nama tanpa ada penjelasan yang terperinci. Sebagaimana bentuk-bentuk
dasar lainnya, jarang sekali muncul apa yang disebut sebagai suatu bentuk yang murni.
Biasanya selalu digabungkan dengan unsur-unsur lain dalam penulisan sejarah.
Sehingga, sebagai misalannya, dalam menerangkan biografi Nabi Muhammad
sudah dilengkapi dengan nasab (silsilah) dan informasi lain seperti
daftar nama sahabat yang berjasa dan dikenang dalam perjuangannya.
Ilmuwan
sejarah yang menulis dalam bentuk khabar ini diantaranya adalah: Abu
Mihnaf Luth Ibn Yahya (w. 774 M) dan al-Haitsam Ibn ‘Adi (w. 821 M) yang
karyanya berupa kumpulan monograf dalam bentuk khabar dan nasab.
Juga terdapat nama ‘Ali Ibn Muhammad al-Madaini (w. 831 M) yang salah satu
karyanya berjudul Al-Murdifat min Quraisy(Wanita Quraisy yang Poliandri).
THABAQAT
Thabaqat bererti lapisan. Perpindahan masyarakat
dari satu lapisan atau kelas dalam penggantian kronologi generasi mudah
dilakukan. Sebagaimana qarn yang mendahului arti thabaqat,
yang dalam penggunaannya bererti generasi. Ahli-ahli leksikografi mencuba
menetapkan ukuran panjang yang pasti dari thabaqat. Sebahagian
mereka menentukan suatu lapisan generasi itu 20 tahun dan sebahagian mengatakan 40
tahun. Ada juga yang berpendapat thabaqat itu 10 tahun.
Menurut
penulis, thabaqat lebih mirip klasifikasi penulisan sejarah
berdasarkan pada “batasan waktu” hidupnya. Dalam sepuluh tahun pertama,
misalnya, terdapat tokoh-tokoh dengan kesamaan orientasi dan budaya
intelektual. Maka jadilah klasifikasi sedemikian rupa yang selanjutnya ini
menjadi metode tersendiri.
Dalam
tradisi Islam sendiri, thabaqat merupakan sesuatu yang amat lazim.
Terutama jika merujuk pada sejarah Muhammad; dalam lingkaran dan lintasan waktu
perkembangan agama Islam, terdapat lapisan shahabat, tab’in, tabi’ al-tabi’in dan
seterusnya. Hal ini berhubungan dengan kritik isnad dalam ‘ulum
al-hadits.
Yang
penting dalam karya thabaqat ini ialah untuk memperoleh suatu
gambaran yang nyata tentang apa yang sebenarnya harus dicari dan diteliti.
Dalam karya Abu Ishaq yang berjudul Thabaqat al-Fuqaha’ seseorang
menginginkan sebanyak mungkin informasi, sehingga memungkinkan mereka untuk
mendapatkan biografi tokoh dalam suatu wilayah dan lokasi.
NASAB
Nasab adalah
catatan silsilah keluarga. Bagi orang Arab, menjaga jalur keturunan,
terutama bagi yang mempunyai nenek moyang tokoh terhormat menyebabkan mereka
harus menuliskannya. Keuntungan posisi dan status sosial ekonomi kadang membuat
orang menyalahgunakan nasab ini. Nasab, kemudian menjadi bentuk dasar bagi
historiografi Islam.
Selama
abad kedelapan dan sembilan masehi, para ahli filsafat sejarah kuno, pada saat
yang bersamaan juga merupakan ahli dalam bidang garis keturunan. Karya-karya
mereka merupakan bentuk khabar yang berisi kumpulan berbagai
kelompok kabilah (suku). Salah satu monograf yang berkenaan dengan
garis keturunan yang mula-mula sekali adalahKitab Hadzfu min Nasab Quraisy mengenai
keluarga kecil suku Quraisy tanpa nabi Muhammad yang disusun oleh Mu’arrij ibn
‘Amr al-Sadusi. Selain itu terdapat nama al-Zubair ibn Abu Bakkar (w. 870 M)
yang menulis kitab berjudulNasab Quraisy, walaupun kitab ini lebih banyak
membahas budi pekerti orang Quraisy daripada pohon keluarganya. Sebuah kitab
dari al-Baladzuri berupa biografi tokoh berjudul Kitab al-Ansab didominasi
biografi khalifah. Bentuknya adalah khabar dan historiografi dinasti.
Bentuk
penulisan nasab ini ada dua. Penulis bermadzhab Syi’ah, Tajuddin ibn Muhammad
dalam pengantarnya untuk kitab Ghayat al-Ikhtishar fi Akhbari al-Buyutati
al-‘Alawiyah, memasukkan dua macam penyajian untuk informasi garis keturunan,
yaitu bentuk pohon dan bentuk datar/lajur (mabsuth).
Sebenarnya,
orang-orang Arab sejak masa lalu telah terbiasa membuat jalur keturunannya
sendiri, dan ini merupakan cabang ilmu pengetahuan yang khusus dan seringkali
dihubungkan dengan syair. Kebanggaan keluarga, sangat tergantung pada apa yang
telah dilakukan nenek moyangnya dalam peristiwa ayyam al-A’rab (perang
antara kabilah Arab) maupun peristiwa lain dan itu disusun dalam bentuk syair.
No comments:
Post a Comment